00:00Pemimpin PAS bersetuju supaya perkataan kafir tidak digunakan dengan niat untuk menghina individu termasuk bukan Islam.
00:08Ahli Jawatan Kuasa Kerja Pusat Dr. Halimah Ali berkata, sebagai parti berprinsip dan berhasrat memayungi semua kaum,
00:16ahli PAS perlu memahami sensitiviti golongan yang mahu disentuhni dan dilindungi.
00:21Pada muktama PAS Isnin Lepas, Ketua Dewan Himpunan Pendukung PAS Selangor, K. Dipakaran mengingatkan ahli supaya mengelak menggunakan perkataan yang boleh menyinggung perasaan bukan Islam, khususnya istilah kafir dan pendatang.
00:37Dipakaran menegaskan masih wujud segelintir kecil ahli PAS yang menggunakan istilah sebegitu walaupun ia jelas membawa kesan negatif terhadap usaha merapatkan hubungan dengan masyarakat bukan Islam.
00:49Sementara ahli Parlimen Pendang, Awang Hashim berkata, istilah kafir tidak membawa maksud negatif jika dipahami dan digunakan dengan tepat.
00:59Bagaimanapun, beliau setuju istilah yang boleh menyinggung perasaan satu sama lain perlu dielakkan penggunaannya dan ditukar kepada golongan bukan Islam.
01:08Zain Aymah Mama Isuf, FMT
Comments