Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Polis mengesahkan remaja reput yang ditemui dalam kenderaan penyanyi Amerika Syarikat D4vd ialah seorang remaja berusia 15 tahun.
Transcript
00:00Mayat reput ditemui dalam kereta milik penyanyi rap Amerika Syarikat, David, dikenal pasti sebagai seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang sebelum ini.
00:11Perkara itu disahkan pihak berkuasa Amerika Syarikat, lapor media antarabangsa.
00:17Pegawai polis menemui mayat slash river di dalam ruang penyimpanan belakang kereta Tesla milik David minggu lalu.
00:23Mayat tersebut ditemui dalam keadaan tidak sempurna dan dipercayai meninggal dunia dalam tempoh yang lama.
00:31River berasal dari California berusia 13 tahun ketika dilaporkan hilang dan kali terakhir dilihat pada 5 April 2024.
00:40Pihak berkuasa memaklumkan punca dan waktu kematian masih disiasat.
00:44Kereta berkenaan ditemukan pada 8 September lalu selepas laporan mengenai bau busuk di kawasan simpanan kenderaan tunda di Hollywood, Los Angeles.
00:53Kereta tersebut didaftarkan atas nama David Anthony Burke, 20 tahun, nama sebenar David.
01:00David yang mempunyai jutaan pengikut di media sosial, terkenal dengan lagu-lagu viral seperti Here With Me dan Romantic Homicide.
01:08Beliau melancarkan album sulungnya pada bulan April dan sedang menjalani jelajah konsert ketika mayat ditemui dalam kereta Tesla tersebut.
01:17Polis memaklumkan David sedang memberikan kerjasama dalam siasatan.
01:23Terima kasih.

Recommended