00:00Seruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM membongkar kegiatan sepasang suami isteri yang juga pegawai penguatkuasa membuka sebuah kedai emas disyaki hasil rasuah.
00:12Pasangan berusia lingkungan 40-an itu dipercayai berperanan mengatur kemasukan warga asing yang tidak memiliki dokumen lengkap ke negara ini tanpa mematuhi undang-undang sejak 4 tahun lalu.
00:24Menerusi laman TikTok rasmi SPRM, agensi itu mendedahkan hasil siasatan mendapati pasangan terbabit menggunakan nama anak mereka dan adik wanita berkenaan sebagai proksi bagi membuka kedai emas dengan modal kira-kira RM600,000.
00:42Pasangan terbabit yang ditahan menerusi op Digo itu direman selama 5 hari sehingga ahad selepas Mahkamah Magistret Air Keruh, Melaka membenarkan permohonan reman SPRM.
00:54Timbalan Ketua Pesuruhjaya Operasi SPRM, Datuk Seri Ahmad Kusairi Yahya berkata, suspek terlibat dalam tugasan program pemutihan.
01:01Ia bertujuan memberi peluang kepada majikan mendapatkan permit kerja sah bagi pekerja mereka yang tidak memiliki permit kerja.
01:09Menerusi program itu, majikan perlu menghantar fail-fail pekerja warga asing mereka untuk dibuat semakan pertama oleh bahagian penguatkuasa.
01:17Kata Ahmad Kusairi setelah melepasi peringkat pertama tapisan, majikan yang mempunyai fail-fail warga asing perlu membawa fail berkenaan kepada suspek untuk menentukan semua dokumen sudah lengkap sebelum memperoleh akaun penerimaan AP.
01:33Bagaimanapun bagi mempercepat proses berkenaan daripada tujuh hari kepada tiga hari sahaja, majikan dipercayai perlu membayar RM700 bagi setiap seorang warga asing.
01:44Ujah beliau bayaran rasuah itu diterima secara tunai serta diagihkan kepada pegawai lain yang menguruskan fail dan suspek menerima RM150 bagi setiap warga asing.
01:57Katanya lagi dalam tempoh empat tahun bermula 2020, suspek dipercayai mengumpul kira-kira RM900,000 yang digunakan untuk membuka kedai emas dan selebihnya membeli sebuah kereta mewah.
02:10Dalam pada itu, beliau berkata semasa serbuan kedai barangan kemas di Pahang itu mempunyai simpanan emas dianggarkan seberat 3kg dengan nilai harga semasa kira-kira RM1.4 juta.
02:23Kes disiasat mengikut Seksyen 16-A-B ASPRM 2009.