Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Kim Jong Un umum dasar baharu Korea Utara untuk bangunkan kekuatan nuklear dan ketenteraan konvensional secara serentak dalam Kongres Parti Pekerja.
Transcript
00:00Korea Utara akan membangunkan kekuatan nuklear dan angkatan bersenjata konvensional secara serentak.
00:07Pemimpinnya Kim Jong-un berkata, Kongres ke-9 parti pekerja Korea akan mengemukakan dasar berkenaan dalam usaha memperkukuh pertahanan negara.
00:19Ia diumum Jong-un semasa melakukan lawatan ke Pusat Penyelidikan Senjata pada Kamis dan Jumaat.
00:25Beliau turut meluangkan masa menyaksikan latihan menembak unit penembak tepat Korea Utara.
00:31Siri aktiviti domestik oleh Jong-un menyusul selepas lawatannya ke Beijing awal bulan ini untuk menghadiri acara multilateral antarabangsa terbesar beliau.
00:41Ini termasuk pertemuan dengan pemimpin seperti Presiden China Xi Jinping dan Presiden Rusia Vladimir Putin.
00:47Korea Utara merupakan antara 9 negara kuasa nuklear pada masa ini.
00:51Selain Amerika Syarikat, Rusia, United Kingdom, Perancis, China, India, Pakistan dan Israel.

Recommended