00:00Singapura akan memperdalam kerjasama antarabangsa sebagai sebahagian daripada usaha memerangi ancaman ideologi ekstremisma-ekstremisma yang semakin meningkat dalam kalangan belia republik itu.
00:12Kenyataan bahawa keganasan tidak mengenal sempadan, Perdana Menteri Lorenz Wong berkata, Singapura akan berkongsi pengalamannya serta belajar daripada negara lain dalam usaha kolektif menjadikan dunia lebih selamat.
00:23Sejak 2015, sebanyak 18 belia berusia antara 14 hingga 20 tahun telah dikenakan tindakan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
00:36Wong berkata, lebih 2 per 3 daripada kes itu berlaku dalam tempoh 5 tahun lepas.
00:42Selain itu, Singapura akan memperkukuh keupayaan pemilihannya dengan melangkaui kaunseling agama Islam semata-mata memandangkan rakyat kini turut terpengaruh dengan pelbagai ideologi ekstremis lain.
00:55Belia berkata, Singapura sudah mula melaksanakannya termasuk membangunkan pelbagai intervensi khusus untuk golongan belia yang terjerumus dan menjadi radikal secara kendiri.
01:08Wong berkata, usaha ini menunjukkan hasil positif.
01:10Belia berkongsi bahawa daripada 150 rakyat Singapura yang dikenakan tindakan di bawah ISN sejak 2002, sekitar 85% menunjukkan kemajuan dengan ramai berjaya kembali ke pangkuan masyarakat melalui bantuan sukarelawan komuniti.
01:26Sementara itu, Wong berkata, Singapura akan terus berwaspada dalam menentang ekstremis sambil menggesa rakyat melaporkan ahli keluarga atau rakan yang mungkin terpengaruh dengan ideologi ekstremis supaya bantuan awal dapat diberikan.
01:40Terima kasih.
01:42Terima kasih.