00:00Mengkembali dalam Sinar Awani, Qatar mengisahkan akan menganjurkan sidang kemuncak Arab-Islam tergempar pada 15 September ini sebagai tindak balas terhadap serangan Israel yang menyasarkan pemimpin Hamas di wilayahnya.
00:13Penasihat Perdana Menteri, Merangkap Jurucakap Kementerian Luar, Majid Muhammad Al-Ansari berkata, sidang kemuncak itu akan membincangkan draft resolusi yang dibangunkan oleh mesyuarat menteri-menteri luar Arab dan Islam.
00:25Beliau menegaskan penganjuran sidang kemuncak pada waktu ini sangat penting bagi menunjukkan solidariti Arab dan Islam terhadap Qatar.
00:35Al-Ansari menifatkan serangan Israel yang menyasarkan kawasan kediaman rundingan Hamas di Doha sebagai tindakan pengecut dan keganasan negara.
00:44Serangan pada selasa lalu itu mengorbankan lima anggota Hamas serta seorang pegawai keselamatan Qatar ketika mereka membincangkan cadangan baru daripada Amerika Syarikat untuk menamatkan peperangan di Gaza.
00:54Qatar sebelum ini bersama Amerika Syarikat dan Mesir memainkan peranan sebagai pengantara dalam rundingan damai itu.
01:00Sedang kemuncak luar biasa pada ahad ini dijangka menjadi medan penting bagi dunia Arab dan Islam menyatakan pendirian bersama terhadap serangan Israel.