00:00Selanjutnya, ribuan anak muda Gen Z di Nepal memilih calon Perdana Menteri Interim menerusi perbincangan dalam talian selepas peletakkan jawatan KP Oli sesulan protes pada 9 September lepas.
00:13Perbincangan hampir 5 jam itu dianjurkan di platform Discord melalui saluran Youth Against Corruption yang mempunyai lebih 143,000 ahli.
00:22Perdebatan panjang akhirnya membawa kepada pencalonan bekas Ketua Mahkamah Agong, Sushila Karki sebagai calon utama.
00:30Dalam undian pada 10 September lepas, Karki memperoleh 3,833 undi atau 50% daripada keseluruhan lebih 7,700 undi mengatasi calon lain termasuk Sagar Dakal, Harkas Sampang dan Mahabirpun.
00:46Karki dipilih kerana dilihat berintegriti tinggi dan mampu mengawal proses peralihan kuasa dengan adil di masa krisis.
00:54Sementara itu, Presiden Ramchandra Paudel dan Ketua Staf Angkatan Darat memanggil pelbagai pihak untuk berdialog.
01:00Namun, sebahagian anak muda Gen Z menolak kerana tidak mahu duduk semeja dengan aktivis konservatif Durga Prasai dan wakil parti Rastriya Suantantra.
01:09Mereka menegaskan perjuangan Gen Z adalah untuk mempertahankan demokrasi di negara itu.