00:00Popularity Menteri Besar Kedah, Sanusi Nur, dijangka terus menjadi senjata utama memastikan kedudukannya kekal kukuh dalam pemilihan sempena muktamar PAS pada 11 hingga 16 September ini.
00:14Fellow Majlis Profesor Negara, Azmi Hassan, berkata kemenangan Sanusi dalam kes mahkamah membabitkan saman fitnah August lalu turut melonjakkan lagi pengaruh politiknya dalam parti,
00:28sekaligus menyukarkan pencabar lain dalam jawatan kuasa pusat untuk menandinginya.
00:34Azmi mengulas keputusan Sanusi menolak pencalonan naib presiden dan cabaran bakal dihadapi untuk mengekalkan undian tertinggi dalam pemilihan ahli jawatan kuasa PAS pusat.
00:48Sementara itu, Shaza Syukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia berkata,
00:53Kedudukan Sanusi dalam PAS bergantung kepada sejauh mana sokongan diterima pada pemilihan kali ini.
01:00Katanya walaupun Sanusi popular, tidak semua ahli PAS tuju dengan gaya kepimpinannya, apatah lagi beliau bukan daripada kelompok kepimpinan ulama.
Comments