Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Sekitar £3 bilion (AS$4 bilion) nilai bungkusan kecil dihantar dari China ke United Kingdom (UK) tahun lalu di bawah pengecualian cukai import untuk barangan bernilai £135 ke bawah. Menurut data FOI oleh BBC dan HMRC, jumlah ini melonjak lebih dua kali ganda berbanding tahun sebelumnya. Syarikat seperti SHEIN dan Temu didakwa memanfaatkan saluran ini untuk mengedarkan produk tanpa dikenakan duti kastam. Keadaan ini mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli politik UK yang kini menimbang untuk memansuhkan pengecualian cukai tersebut demi melindungi peruncit tempatan daripada persaingan tidak adil.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Kira-kira 3 bilion pound atau 4 bilion dolar Amerika nilai bungkusan kecil dari China dihantar ke United Kingdom, UK tahun lalu di bawah pengecualian cukai import.
00:10Data oleh pemohonan maklumat awam, FOI menedahkan antara syarikat yang didakwa kerap menggunakan saluran itu ialah gergasi fashion segera China, Shine dan Temu yang mengediarkan produk ke UK dalam bungkusan kecil tanpa dikenakan duti kustom.
00:23Ia menedahkan jumlah import bernilai rendah dari China ke UK melonjak lebih 2 kali ganda pada 2024 hingga 2025 kepada 3 bilion pound berbanding 1.3 bilion pound tahun sebelumnya.
00:35Situasi berkenaan mencetuskan kebimbangan dalam kalangan ahli politik yang kini sedang menimbang untuk memansuhkan pengecualian cukai bagi import bernilai 135 pound atau kurang.
00:45Data HM Revenue and Customs HMRC turut menunjukkan lebih separuh daripada semua bungkusan kecil yang dihantar ke UK sepanjang tempoh itu datang dari China.
00:55Awal tahun ini UK umum semakkan semula terhadap peraturan berkenaan dengan Menteri Keuangan Roger Rees menyatakan langkah itu perlu bagi mengelakkan syarikat e-dagang China menjejaskan peruncit tempatan yang berdepan beban cukai lebih tinggi.
01:15Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended