Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
A clinic can now be digitalised within three days using the Cloud-Based Clinic Management System (CCMS).

Deputy Health Minister Datuk Lukanisman Awang Sani said CCMS adoption has increased by 150%, with clinic wait times reduced to 30 minutes.

Read more at (bit.ly link) https://tinyurl.com/nhkstnu3

WATCH MORE: https://thestartv.com/c/news
SUBSCRIBE: https://cutt.ly/TheStar
LIKE: https://fb.com/TheStarOnline
Transcript
00:00Bagi mencapai impact maximum dan maximum dalam transformasi penjagaan kesihatan,
00:05Sistem Electronic Medical Record EMR sedia ada berasaskan pengkomputeran awan,
00:10sedang dilaksanakan secara berfasa dengan skala yang besar, kecepatan yang tinggi dan kos yang rendah.
00:16Menurut sisi inisiatif ini, Kementerian Kesihatan merancang untuk memperluaskan
00:21Sistem EMR ke-200 buah klinik kesihatan menjelang tahun 2025,
00:25manakala 16 buah hospital akan didigitalkan pada tahun 2026.
00:31Pelaksanaan ini merupakan satu langkah strategik ke arah merealisasikan visi satu individu, satu rekod
00:37dan mempercepatkan pendigitalan sektor kesihatan negara ke tahap yang lebih tinggi.
00:43Sehingga kini status pelaksanaan EMR menunjukkan sebanyak 22 daripada 150 hospital,
00:48275 daripada 1,118 klinik kesihatan dan 78 daripada 682 klinik pergigian telah menggunakan sistem sepenuhnya.
01:01Bagi klinik kesihatan, pelaksanaan Cloud Based Clinic Management System CCMS
01:06telah merekodkan peningkatan sebanyak 150% pendigitalan hasil daripada strategi pelaksanaan
01:13menggunakan EMR sedia ada berasaskan pengkomputeran awam yang pantas, berskala besar, kos rendah dan berimpak tinggi.
01:21Dengan pelaksanaan CCMS, masa menunggu untuk berjumpa pegawai perubatan telah berkurang dengan ketara.
01:27Data menunjukkan 70% pesakit kini dapat berjumpa pegawai perubatan dalam tempoh purata 30 minit,
01:34manakala baki 30% dalam masa 60 sehingga 90 minit bergantung kepada tahap kes dan beban kerja klinik.
01:42Kejayaan ini membuktikan keberkesanan CCMS dalam mempercepatkan proses pendaftaran,
01:48triage dan pengurusan pesakit sekaligus mengurangkan kesesakan serta meningkatkan kepuasan pesakit.
01:55Selain mempercepatkan perkhidmatan di kaunter, CCMS turut memudahkan perkongsian maklumat
02:01antara fasilitis kesihatan memastikan kesinambungan rawatan pesakit yang lebih baik,
02:06mengurangkan risiko kehilangan rekod perubatan manual,
02:08serta meningkatkan ketepatan data perubatan yang direkodkan.
02:13Keselamatan data pesakit juga terjamin kerana semua maklumat disimpan dan disandarkan di server dengan izin
02:19berasaskan awam yang mematuhi piayawan keselamatan saiber kerajaan.
02:24Kementerian akan terus memantau keberkesanan pelaksanaan CCMS,
02:29mendapatkan maklum balas daripada pengguna,
02:31serta melaksanakan penambahbaikan secara berterusan agama anfaat sistem ini dapat dinikmati secara menyeluruh oleh rakyat,
02:39sekaligus memperkukuhkan lagi sistem perkhidmatan kesihatan negara.
02:43Sebagai sebahagian daripada pelan pendigitalan menyeluruh,
02:47KKM telah merangka strategi berfasa di bawah Rancangan Malaysia ke-13 untuk baki klinik kesihatan dan hospital.
02:53Pelan ini menyasarkan pendigitalan 588 klinik kesihatan bermula seawal tahun 2026
03:00dan 112 hospital pula akan dilaksanakan menjelang tahun 2029.
03:05Sekian, terima kasih.
03:07Patan Sadong.
03:09Terima kasih Timbalan Menteri atas jawapan yang begitu detail saya dengar.
03:16Dan mungkin ada juga soalan yang saya usulkan selepas ini, mungkin dah terjawab.
03:24Saya dengar tadi, kadar penggunaan EMA di hospital mungkin masih dikatakan rendah.
03:34Saya ingin bertanya, apakah inisiatif ataupun action plan?
03:39Kementerian dalam Rancangan Malaysia ke-13 untuk mempercepatkan pendigitalan fasiliti kesihatan
03:50khususnya di Sabah dan Sarawak yang berdepan dengan cabaran capaian internet dan infrastruktur.
04:01Dan juga, soalan saya adalah kita tahu semasa pandemik COVID-19 dahulu,
04:10timbul isu tentang kebocoran data pribadi, maklumat individu dikatakan dijual dan disalahgunakan.
04:18Jadi, saya ingin bertanya kepada kementerian, apakah langkah konkret yang telah ataupun
04:25akan diambil oleh kementerian bagi memastikan sistem EMA, CCMS, ianya benar-benar selamat,
04:34mematuhi standar keselamatan saiber antarabangsa, serta menjamin kerahsiaan dan hak privasi
04:44maklumat pesakit.
04:45Terima kasih.
04:46Satu soalan yang sangat komprehensif daripada Batang Sadung.
04:53Saya ingin berkongsi sedikit maklumat kepada Yang Berhormat Batang Sadung
04:57berkenaan tentang inisiatif pendigitalan di Sarawak.
05:01Kita mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Premier
05:05kerana telah pun meluluskan peruntukan sebanyak RM10 juta kepada KKM
05:10untuk pelaksanaan program pendigitalan.
05:13Melalui RM10 juta ini, kita akan membekalkan desktop dan juga laptop kepada klinik-klinik kesihatan
05:20sebanyak 142 klinik yang kita akan bekalkan dan sedang dilaksanakan
05:25dan juga kita akan melaksanakan CCMS di kesemua klinik ini menjelang Disember 2025.
05:34Ketika ini kita mempunyai beberapa buah klinik, antaranya adalah klinik KK Buntal,
05:38KK Santubong, KK Petrajaya dan juga di KK Sibujaya juga kita melaksanakan CCMS.
05:45Ini adalah merupakan inisiatif kerjasama Kerajaan Negeri dan juga Kerajaan Persekutuan.
05:50Berkenaan tentang isu pelaksanaan, KKM memperuntukkan sebanyak 2 bilion
05:59untuk pelaksanaan satu individu, satu rekod menjelang 20-29.
06:03Berkenaan tentang isu keselamatan, sememangnya penggunaan aplikasi
06:10telah pun melalui satu proses di bahagian digital KKM
06:20di mana kami menubuhkan satu bahagian khusus bahagian digital kesihatan
06:25untuk melihat risiko-risiko cyber security dengan izin.
06:30Dan juga isu ini adalah sangat besar.
06:32Negara seperti Singapura dan Australia juga melihat
06:34selepas pelaksanaan Electronic Medical Record ini
06:37kita akan melihat isu cyber security
06:39kerana kita ingin menjaminkan isu data peribadi pesakit-pesakit kita
06:44selamat di bawah Kementerian Kesihatan.
06:46Itu saja jawapan saya.
06:48Puan Nenek Betul.
06:49Tanjung Karang.
06:49Tanjung Karang.
Comments

Recommended