00:00Ahli Parlimen DAP perlu lebih aktif melaksanakan peranan semak dan imbang bagi mengelak kesilapan pernah dilakukan MCA ketika parti itu berada dalam Kerajaan Barisan Nasional, menurut penganalisis politik.
00:13Mengulas kenyataan bekas naib Presiden MCA, T. Lianka, yang mendakwa DAP telah berubah menjadi MCA 2.0,
00:21Siwa Murugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia berkata, parti itu boleh menangkis persepsi mereka sedang tunduk kepada Kerajaan dengan mengambil peranan pengawasan yang lebih tegas.
00:32Siwa Murugan menyeru Ahli Parlimen DAP memperkukuh kredibiliti parti sebagai parti berbilang kaum dengan memberi keutamaan kepada isu nasional seperti pendidikan, kesihatan dan pembangunan bandar berbanding agenda kaum.
00:46Sementara itu menjelaskan label MCA 2.0 James Chin dari Universiti Tasmania berkata DAP kini berdepan cabaran hampir sama dengan pengalaman MCA ketika berada dalam Kerajaan BN.
01:00Bagaimanapun fellow majlis Prof. Negara Azmi Hassan menolak dawaan bahawa DAP menjadi kuasa politik lemah,
01:08sebaliknya menegaskan parti itu tidak sama seperti MCA yang bergantung kepada UMNO untuk sokongan pilihan raya dan akhirnya terikat untuk tunduk kepada Kerajaan Pimpinan UMNO.
Be the first to comment