00:00Setiawangsa sendiri secara peribadi pernah berada di Kerajaan Negeri Selangor sama seperti Seputih dan kini kita berada di Kuala Lumpur.
00:10Budget DBKL mencecah RM3 billion, lebih kurang budget Negeri Selangor, lebih besar daripada budget Negeri Johor.
00:18Tetapi governance, pokoknya adalah governance di Kuala Lumpur ini, kami ahli-ahli parlimen warga kota pun mereka tidak ada suara di Kuala Lumpur.
00:32Kalau dikatakan alasannya ialah kerana ia wilayah persekutuan, kita ada model seperti District of Columbia di Amerika Syarikat ataupun Canberra di Australia
00:44yang mana kedua-duanya mempunyai pentadbiran mereka tersendiri yang mana rakyat ada hak untuk memberikan pandangan dan input mereka.
00:53Jadi bagi saya, bagi setiawangsa, laporan ini harus diambil dengan serius dan kami menyokong laporan PSC tersebut.
01:04Contohnya, apa yang disebut oleh laporan PSC ialah DBKL ada mekanisme lembaga penasehat.
01:13Tapi nama dia pun dah lembaga penasehat.
01:16Biasanya ada wakil-wakil daripada disiplin-disiplin tertentu seperti jurutera, perancang dan sebagainya
01:22dan juga ada wakil-wakil politik yang akan dipilih oleh kerajaan persekutuan.
01:27Tetapi fungsi mereka hanya untuk menasihati Dato' Bandar.
01:31Berbeza dengan PBT-PBT lain yang mana ada sistem majlis.
01:35Dato' Bandar is first among equals dengan izin.
01:40Sama seperti Perdana Menteri dalam Kabinet atau Menteri Besar di peringkat negeri.
01:44Tetapi di Kuala Lumpur, di bawah Akta Ibu Kota dan juga Akta-akta lain yang berkaitan,
01:51Dato' Bandar dengan izin is all powerful.
01:55Dapat Dato' Bandar yang baik dan bagus, Alhamdulillah.
01:58Dapat Dato' Bandar yang sebaliknya dan kita berhadapan dengan masalah.
02:03Jadi, satu lagi isu ialah tentang pengurusan tanah.
02:07Jatangkuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan biasanya akan dipengerusikan oleh Ketua Setusaha Negara.
02:15Ketua Setusaha Negara seorang penjawab awam.
02:19Saya difahamkan antara 2004 hingga 2008, ahli-ahli parlimen pada waktu itu, pada era barisan nasional, mereka dipanggil.
02:27Untuk memberikan input mereka dalam soal-soal tanah di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
02:33Tapi hari ini, kami ahli-ahli parlimen Kuala Lumpur, kita tidak ada apa-apa ruang.
02:38Yang kita dapat ialah bila ada bantahan ataupun ada pembangunan yang sudah berlaku, barulah soal ini sampai ke meja kami.
02:47Jadi, sebab itu, sebagai kesimpulan, kita merasakan bagi Kerajaan Madani dengan komitmen yang sudah pun ada di dalam manifesto Pakatan Harapan,
02:58kita boleh memulakan sebagaimana syur PAC itu ada sistem ahli majlis.
03:02Tetapi, kami juga berpandangan bahawa lebih elok in the long run untuk Kuala Lumpur, saya tidak sentuh tempat lain,
03:09kita boleh kembalikan pemilihan Kerajaan Tempatan di Kuala Lumpur.
03:14Itu merupakan pokok penyelesaian kepada masalah governance pembangunan dan tanah di wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.
Comments