00:00Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim mengingatkan agar era keangkuhan dalam pemerintahan harus ditamatkan.
00:06Beliau turut memberi amaran bahawa kuasa yang tidak dikawal dalam badan eksekutif, legislatif atau kehakiman
00:12boleh menjejaskan integriti sistem perundangan serta menghakis kepercayaan rakyat terhadap institusi keadilan.
00:20Beliau menegaskan sistem perundangan dan badan kehakiman perlu melalui proses reformasi secara berterusan
00:25berkekal sebagai tunjang kepada negara merdeka dan demokratik.
00:30Pengalaman di negara-negara ASEAN termasuk di Malaysia membuktikan bahawa ada era di mana keangkuhan kuasa politik
00:40menyebabkan lemahnya sistem perundangan seperti juga kerusakan dan kecemaran yang berlaku dalam badan kehakiman
00:50dengan tudingan rasuah dan keangkuhan serta penyelewengan.
00:57Anwar berkata demikian ketika menyampaikan ucap pertama pada Majlis Penutup Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Kuala Lumpur hari ini.
01:06Anwar turut menzahirkan sokongan penuh kerajaan terhadap inisiatif reformasi diterajui Azalina
01:11bersama Jabatan Peguam Negara dalam usaha berkukuh integriti sistem perundangan negara.
Comments