00:00Kementerian Kerja Raya KKR terbuka untuk mengkaji cadangan penubuhan tabung khas bagi tujuan penyelenggaraan jalan raya di kawasan industri dan berintensiti ekonomi tinggi.
00:12Menterinya Dato' Sri Alexander Nantalingi berkata, setakat ini KKR belum menerima cadangan rasmi berhubung perkara itu.
00:19Bagaimanapun pihaknya sedia meneliti saranan berkenaan jika ia dapat membantu menyediakan infrastruktur jalan raya yang lebih selamat dan selesa kepada pengguna.
00:28Saya ingat, saya belum dengar lagi, kita belum ada lagi.
00:33Kalau itu dah adalah apa satu idea yang mungkin kita boleh kajian, kita boleh kaji, kalau itu boleh membantu kementerian ini terbuka kepada idea-idea seperti mana yang diutarakan oleh yang berhormat kapal tadi.
00:48Sebab tujuan kita adalah untuk kita menyediakan infrastruktur kita yang selamat dan selesa untuk digunakan.
00:57apatah lagi di kawasan yang disebut itu tadi adalah sangat penting kerana ia dah ada di kawasan aktiviti ekonomi negara kita.
01:07Jadi saya setuju sangat sebab itu selama ini pun di peringkat JKR dan Kementerian Kerja Raya, KKR, kami telah fokus kepada bagaimana untuk mencari kaedah yang lebih baik daripada yang sedia ada.
01:23iaitu buatlah banyak R&D, research and development kepada bahan-bahan untuk kita boleh gunakan untuk buat pavement yang lebih kukuh, lebih tahan berat muatan.
01:38sebab kita tidak menafikan di sana lori-lori ataupun trak-trak yang besar itu adalah selalunya membawa muatan yang berlebihan.
Comments