Skip to playerSkip to main content
  • 1 year ago
Penahanan beberapa pegawai ATM dianggap kes terpencil bukan isi sistemik.
Transcript
00:00Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohd Khalid Nordin menegaskan penahanan beberapa pegawai Angkatan Tentera Malaysia baru-baru ini tidak mencerminkan keseluruhan integriti institusi pertahanan negara.
00:11Beliau menifatkan ia sebagai terpencil dan tidak harus menjejaskan kepercayaan rakyat terhadap ATM.
00:20Bagaimanapun, Khalid mengingatkan warga tentera supaya menjauhi sebarang perbuatan menyalahi undang-undang yang boleh mencemar imej pasukan.
00:27Menyatakan perkara itu ketika melancarkan kempen Kibar Jalur Gemilang Anjuran Kementerian Pertahanan sempena bulan kebangsaan 2025 di Kuala Lumpur pada Khamis.
00:37Media sebelum ini melaporkan tiga pegawai yang masih berhimat serta dua bekas pegawai ATM antara 10 individu ditahan suruhan jaya pencegahan rasuah Malaysia SPRM bagi membantu siasatan sindiket penyelurupan di selatan tanah air.
00:51Dalam perkara itu, Muhammad Khalid turut mendekankan semangat kenegaraan perlu disemai dalam kalangan rakyat khususnya warga ATM kerana ATM bukan sekadar simbol pertahanan fizikal tetapi juga lambangan kedaulatan dan maruah negara.
Comments

Recommended