Guru bahasa Inggeris yang menyebarkan maklumat mendakwa Zara Qairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh didakwa di Mahkamah Majistret Sepang atas tuduhan menimbulkan kegentaran awam.
00:00Guru Bahasa Inggeris yang didakwa menyebarkan maklumat Zahra Khairina Mahathir dimasukkan ke dalam mesin basuh mengaku tidak bersalah di Mahkamah Magistrit Sepang atas tuduhan menimbulkan kegentaran awam.
00:13Siti Hajar Aflah Syahrudin, 39 tahun, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrit Khairatul Anima Jelani.
00:22Mengikut pertuduhan, Siti Hajar didakwa membuat kenyataan yang mungkin menimbulkan kegentaran awam dan boleh mendorong mana-mana orang supaya melakukan kesalahan terhadap ketenteraman awam.
00:34Beliau didakwa membuat kenyataan tersebut di akaun TikTok miliknya pada 1.20 petang 6 Ogos lalu dan didengar oleh seorang anggota polis di lapangan terbang antarabangsa Kuala Lumpur Terminal 2.
00:45Siti Hajar didakwa mengikut Seksyen 505-B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 2 tahun atau denda atau dengan kedua-duanya.
Be the first to comment