00:00Jabatan Pengangkutan Jalan JPJ menyeru semua peserta program RXZ Members 7.0 agar mematuhi undang-undang jalan raya serta memberi kerjasama penuh kepada pihak penganjur demi menjamin keselamatan sepanjang acara berlangsung.
00:15JPJ memberi jaminan untuk menumpukan usaha advokasi pendidikan keselamatan jalan raya serta melancarkan pergerakan peserta bagi memastikan kelancaran program.
00:25Agensi itu menyambut baik sokongan Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim terhadap penganjuran program berkenaan yang dianggap mampu mengangkat imej budaya pemotoran ke tahap lebih positif.
00:37Katanya pengiktirafan Perdana Menteri itu mencerminkan peranan komuniti pemotoran sebagai pemangkin semangat kebersamaan, pengukuh silaturahim serta penyumbang penting kepada pembangunan ekonomi setempat.
00:48Jelasnya program berimpak tinggi itu bukan sahaja menghimpunkan peminat dan penggiat pemotoran dari seluruh negara bahkan menjadi platform strategik untuk membina budaya pemotoran yang lebih positif.
01:01Sebenarnya bulan kebangsaan, JPJ menyokong seruan Perdana Menteri agar seluruh peserta mengibarkan jalur gemilang sebagai simbol kecintaan kepada tanah air.
01:09Dalam usaha meningkatkan budaya keselamatan, JPJ turut mengumumkan pengagihan 3,000 topi kledar percuma kepada pengunjung terawal melalui program pertukaran topi kledar.
Comments