00:00Dalam perkembangan berasingan, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan sedang menunggu laporan penuh daripada Suruhan Jaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia MCMC sesulan kenyataan Ahli Parlimen Pagoh Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung isu RON95.
00:16Jelas Anwar, beliau menyerahkan kepada MCMC untuk menjalankan siasatan lanjut bagi mengesahkan kesahihan sumber yang dirujuk berhubung kenyataan yang dibuat di Parlimen baru-baru ini.
00:30Dia pun kena minta maaf, banyak tudung-tudung dan fitnah yang dia lemparkan. Kerajaan zalim, tak bagi tuntukkan kepada Kelantan, beratus yang disebut di parlimen dan di luar parlimen.
00:42Beliau berkata demikian selepas merasmikan Forum Undang-Undang ASEAN 2025 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur KLCC pada Khamis.
00:49Anwar mengulas berhubung tuntutan permohonan maaf daripada Muhyiddin terhadap beliau berhubung isu kenyataan mengenai RON95 yang mempertahankan warga asing dalam soal penyasaran subsidi.
01:00Khamis lalu Anwar menyatakan kesediaan untuk memohon maaf terhadap Ahli Parlimen Pagoh itu sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih.
01:11Sebelum ini, Muhyiddin menuntut Anwar meminta maaf berhubung kenyataan yang mendakwa beliau mempertahankan warga asing dalam isu penyasaran subsidi RON95.
01:21Muhyiddin dilaporkan berkata jika Perdana Menteri tidak meminta maaf, beliau akan membuat usul kepada Dewan Rakyat untuk merujuk Perdana Menteri ke jawatan kuasa hak dan kebebasan Parlimen.
Comments