Skip to playerSkip to main content
#AWANIBorneo bersama Farhan Hakimi
- Maritim Malaysia rampas dadah bernilai RM1.9 juta.

- Jika inkues dapati wujud elemen jenayah lain, remaja boleh didakwa atas pertuduhan lain.

- Jojo Ghazali bidas trend selebriti, pempengaruh sertai pertarungan Muay Thai


Saksikan #AWANIBorneo setiap hari 7 malam di saluran 501 Astro AWANI dan astroawani.com

Category

🗞
News
Transcript
00:00Intro
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera awani
00:09Borneo Jamini bersama saya Farhan Hakimi
00:10dan berikut adalah paparan menarik untuk jam ini
00:13Dadah bernilai 1.9 juta ringgit dirampas
00:22Wujud elemen jenayah lain
00:27remaja boleh didakwa dengan pertuduhan lain
00:30Jojo Bidas Trend Celebrity
00:35Pempengaruh Sertai Pertarungan
00:38Agensi Penguat Kuasaan Maritim Malaysia
00:45Maritim Malaysia Sabah dan Labuan
00:47merampas dadah berjumlah 42 kilogram
00:50bernilai 1.9 juta ringgit
00:52yang ditemukan dalam sebuah bot persiaran
00:55yang dihanutkan hingga ke perairan Terumbu Peninjau
00:58atau Stesen Papa Tentro Laut di Raja Malaysia TLDM
01:02pada Isnin
01:03Pengarah Maritim Negeri Ibu Pejabat Maritim Malaysia Sabah dan Labuan
01:06Laksamana Pertama Maritim Mohamad Khairul Anwar Abdul Majid
01:10Elias Razali berkata
01:12pihaknya menerima serahan bot perkenaan daripada TLDM
01:15kira-kira jam 8.20 pagi
01:18Katanya berdasarkan hasil pemeriksaan awal oleh anggota TLDM
01:24tiga bungkusan mencurigakan terbabit disimpan di bahagian bilge bot
01:29Pemeriksaan awal bot yang dijumpai oleh pihak TLDM telah menemui tiga bungkusan
01:34yang mencurigakan yang disimpan di bahagian bilge bot tersebut
01:38bahagian bawah
01:39so bukusan itu yang mencurigakan
01:43so bot itu telah bekerjasama antara PIPM dengan TLDM ni
01:49kita berjaya membawa pulang bot tersebut
01:51ke JTFMS Supangga
01:53setelah pemeriksaan lanjut disana oleh pihak baritim Malaysia
01:56dengan batuan tim forensik
01:58dan tim serasatan
02:00telah menjumpai 39 bukus lagi
02:02bukusan yang sama
02:03ini disimpan di dalam tangki penyimpanan air
02:07Beliau berkata demikian pada sidang media di Ibu Pejabat APMM di Kota Kinabalu
02:12kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952
02:18yang boleh dihukum dengan hukuman mati atau penjara seumur hidup
02:225 pelajar perempuan yang akan didakwa berkait kes
02:35muli oleh Raham Zara Khairina Mahathir di Mahkamah Kanak-Kanak Kota Kinabalu Sabah pada Rabu
02:40boleh dituduh atas pertuduhan lain sekiranya inques mendapati
02:45wujudnya elemen jenayah lain
02:47perkara itu dijelaskan Peguam Negara Tan Sri Muhammad Dusuki Mokta
02:51ketika dihubungi Isro Awani pada selasa
02:53Menurut Muhammad Dusuki, buat masa ini, pertuduhan akan diteruskan mengikut Seksyen 507C
03:02dalam Kurungan 1 Kanun Kesiksaan dalam Kurungan Pindaan 2025
03:07seperti yang telah diputuskan
03:08Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun
03:13atau denda atau kedua-duanya jika sabit kesalahan
03:17Peruntukan itu menjelaskan sesiapa sahaja dengan apa-apa cara
03:21menggunakan perkataan atau komunikasi berunsur ancaman
03:24kesat atau menghina
03:26sehingga menyebabkan seseorang merasa diganggu, tertekan, takut atau bimbang
03:31boleh dikenakan tindakan undang-undang
03:34Inques yang bermula 3 September ini adalah bagi menentukan punca
03:38dan sebab kematian Aliyarham Zara Khairina
03:40Barisan Peguam Ibu Aliyarham Zara Khairina sebelum ini memohon
03:45pendawaan terhadap 5 remaja itu ditangguhkan sementara
03:48dan didakwa mengikut Seksyen 507D dalam Kurungan 2
03:52Kanun Kesiksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun
03:56Mereka berpandangan, pertuduhan yang dicadangkan itu terlalu ringan
04:00dan tidak sepadan dengan tragedi yang berlaku
04:035 remaja yang berdepan pertuduhan dalam kes melibatkan
04:08Aliyarham Zara Khairina Mahadir pada Rabu
04:11mesti dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
04:14Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang
04:17dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Uthman Said berkata
04:21ia termasuk hak kepada kerahsiaan, khidmat, guaman serta layanan yang adil
04:26Azalina turut menegaskan perbuatan buli sama ada di sekolah
04:31atau dalam talian tidak pernah boleh diterima
04:34Respons Azalina itu susulan kenyataan Suranjaya Hak Asasi Manusia Malaysia
04:39Suakam yang menggesa semua pihak khususnya media dan orang awam
04:44untuk melindungi hak 5 kanak-kanak yang bakar berdepan pertuduhan itu
04:47Suakam mengingatkan bahawa Seksyen 15 Akta 611
04:51memperuntukkan hukuman denda sehingga RM10,000
04:54atau penjara sehingga 5 tahun
04:57atau kedua-duanya sekali terhadap mana-mana pihak yang menerbitkan maklumat
05:02yang boleh mengenalpasti kanak-kanak yang terlibat dalam proseding mahkamah
05:06Dalam kenyataan yang disiarkan melalui Facebook, Azalina juga berkata
05:10kerajaan komited membendung gejala buli
05:13Antara langkahnya melalui penggubalan Akta Keselamatan dalam Talian 2025
05:17Pindaan Kanun Kesiksaan
05:20Pengukuhan Undang-Undang Perlindungan Kanak-Kanak
05:22seperti SOAC 2017-2023
05:26Rang Undang-Undang Pindaan Saksi Kanak-Kanak 2023
05:29serta pelantikan Pesuruh Jaya Kanak-Kanak Suhakam
05:33Selain itu, kerajaan melalui Badan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri
05:38sedang mengkaji penubuhan Tribunal Khas Cyberbuli
05:41dan pelantikan Pesuruh Jaya e-Selamat
05:43bagi menyediakan penyelesaian segera kepada bangsa
05:46pemulihan untuk pelaku
05:48serta pendidikan keselamatan digital
05:51khususnya kepada kanak-kanak
05:53Semua pengamal media khususnya editor dan wartawan
05:58digesah untuk mematuhi sepenuhnya kod etika kewartawanan
06:02dan prinsip perlindungan kanak-kanak
06:05dalam membuat liputan mengenai kes kematian Zara Khairina Mahathir
06:09Majlis Media Malaysia dalam satu kenyataan pada selasa memberitahu
06:13etika tersebut termasuk tidak menyiarkan butiran yang boleh mengenalpasti
06:18atau memberi stigma kepada mangsa dan keluarga
06:21Laporan yang bertanggungjawab
06:25tegas Majlis Media lagi harus menekankan aspek keadilan dan kepentingan awam
06:30bukan eksploitasi atau keuntungan
06:32Memandangkan kes itu melibatkan seorang kanak-kanak
06:35media mempunyai tanggungjawab yang lebih besar
06:38untuk memastikan laporan adalah tepat, beretika dan penuh kepekaan
06:42Majlis Media menjelaskan semua organisasi media dan pengamalnya
06:46harus cakna bahawa kanak-kanak tidak boleh dijadikan bahan liputan sensasi
06:51soal siasat yang melampau atau pendedahan yang boleh membawa
06:54kepada trauma atau bahaya tambahan
06:56Dalam kes buli serta inquest yang melibatkan individu bawah umur
07:01Majlis itu berkata, maruah, privasi dan keselamatan kanak-kanak
07:05mesti sentiasa diutamakan selaras dengan hak mereka
07:08untuk mendapat perlindungan penuh di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
07:12atau Akta 611
07:13Pada selasa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Undang-Undang dan Reformasi
07:18Institusi Datuk Seri Azalina Osman Said berkata
07:20kelima-lima remaja yang berdepan pertuduhan dalam kes buli
07:24melibatkan Zara Khairina tetap perlu dilindungi di bawah Akta Kanak-Kanak 2001
07:28Beliau berkata sistem perundangan Malaysia telah menjamin hak mereka
07:33iaitu tertuduh di sisi undang-undang berhubung perkara yang membabitkan
07:37kerahsiaan, khidmat guaman serta layanan yang adil
07:40Polis di Raja Malaysia menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 51 tahun
07:48berhubung penularan hantaran video di TikTok
07:50dengan fakta tidak benar mengenai kematian pelajar
07:54oleh Arham Zara Khairina Mahathir
07:56Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Datuk M. Kumar berkata
08:00semakan awal polis mendapati hantaran video berdurasi 2 minit 6 saat itu
08:05mengandungi kenyataan yang tidak benar dengan menyifatkan
08:08kematian pelajar tingkatan 1 pada 17 Julai lalu
08:11sebagai pembuluhan terancang
08:14PDRM mengesan hantaran video tersebut pada 15 Ogos 2025
08:21melalui akaun TikTok ad berjuang untuk Zara
08:24yang bertajuk
08:25Pendedahan penemuan bukti bedah siasat Zara
08:28dan boleh diakses secara terbuka
08:30Siasatan dijalankan unit siasatan jenayah terkelas
08:34USJT bahagian D5 Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman
08:38Menurut M. Kumar, turut dirampas ialah satu unit telefon bimbit
08:42yang dipercayai digunakan dalam kes itu
08:45dan perintah reman bermula pada 19 hingga 21 Ogos
08:49Lelaki terbabit disiasat di bawah Seksyen 4, Sub-Seksyen 1
08:53Akta Hasutan 1948
08:55Seksyen 505 Perenggan B Kanun Kesiksaan
08:59dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
09:03Dalam kenyataan yang sama, beliau berkata
09:06keputusan untuk mengadakan inquest terhadap kematian Zara Karina
09:09telah dimuktamatkan Jabatan Peguam Negara AGC pada 13 Ogos
09:12Beliau turut memberi amaran kepada individu
09:16yang menyebarkan khabar angin bertujuan
09:18menyebarkan ketakutan dan kegentaran kepada awam
09:21Beliau juga menyeru semua pihak memberi ruang kepada PDRM
09:25untuk menjalankan siasatan dengan profesional
09:27Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia MCMC
09:32merakam keterangan individu menyama pakar patologi
09:36mendakwa terlibat dalam proses berasiasat kematian Zara Karina Mahathir
09:40MCMC dalam kenyataan memaklumkan
09:42pihaknya telah mengenalpasti individu
09:44di sebalik akaun TikTok
09:45Datuk Prof. Dr. Tunku Iskandar
09:49yang dikesan berdekatan Kota Damansaran
09:51lewat malam Isnin
09:52Suspek kemudian dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dangwangi
09:57untuk proses rakaman keterangan
09:59Peralatan komunikasi miliknya turut dirampas
10:01bagi tujuan analisis siasatan lanjut
10:03Kementerian Kesihatan pada masa sama juga
10:06mengesahkan suspek bukan pakar patologi
10:09Kesi siasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi
10:12dan Multimedia 1998 Akta 588
10:16dan ketas siasatan akan dirujuk kepada timbalan pendakwa raya
10:20untuk arahan selanjutnya
10:22Jika disabitkan kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda maksimum RM500,000
10:27atau penjara sehingga dua tahun atau kedua-duanya sekali
10:31Pada 16 Ogos lalu, Polis Dan Suranjaya Komunikasi
10:35dan Multimedia Malaysia MCMC
10:36mengesan seorang individu yang mendakwa dirinya pakar bedah
10:39kononnya terlibat dalam proses bedah siasat
10:42ke atas jenazah pelajar tingkatan 1
10:44Allahyarham Zara Khairina Mahathir baru-baru ini
10:47Dalam satu siaran langsung di platform TikTok pada Rabu lalu
10:51pakar bedah itu memberi gambaran berbaur kesimpulan
10:55seolah-olah mangsa terjun sendiri dari bangunan sekolah
10:59Jaguh sukan Muay Thai, Jojo Ghazali meluahkan rasa kecewa
11:04apabila segelintir selebriti dan pempengaruh
11:07didakwa tidak menjaga adab ketika menyertai sukan Muay Thai
11:11Menerusi satu antaran di TikTok, Jojo atau Muhammad Johan Ghazali Zulfika berkata
11:16perkara tersebut bukan sahaja memalukan
11:19malah boleh menjejaskan imej serta perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia
11:24Jojo turut menegur sikap segelintir penganjung
11:54acara yang didakwa mementingkan populariti dan pemasaran murahan
11:58berbanding menjaga integriti sukan
12:01Tambah Jojo meskipun acara melibatkan selebriti dan pempengaruh
12:05menjanjikan pulangan keuangan lumayan
12:07namun ia berisiko merosakkan reputasi serta masa depan Muay Thai
12:11Sekian Awani Bonio Jamini saya Farhan Hakimi
12:15Salam Hormat
12:15Salam Hormat
12:15Terima kasih telah menonton!
12:21Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended