Skip to playerSkip to main content
Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di Seremban pada Selasa atas pertuduhan menikam dada seorang duda dengan menyebabkan kematiannya pada 11 Ogos lalu, lapor wartawan Sinar Harian, Syamilah Zulkifli.

Tertuduh, Zulazren Zakariah, 31, yang bekerja sebagai tukang masak hanya mengangguk faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret, Nurul Saqinah Rosli.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/744132/berita/semasa/tikam-skandal-isteri-tukang-masak-didakwa-bunuh-duda

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Mahkamah #tikamduda #Seremban
Transcript
00:00Seorang lelaki didakwa di Mahkamah Magistrat di Seremban pada selasa atas pertuduhan menikam dada seorang duda dengan menyebabkan kematiannya pada 11 Ogos lalu.
00:10Tertuduh Zulazran Zakaria, 31 tahun, yang bekerja sebagai tukang masak hanya menganggup faham selepas kertas pertuduhan dibacakan di hadapan Magistrat, Nurul Sakina Rosli.
00:22Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
00:28Mengikut pertuduhan, tertuduh telah mencapai niat dalam menikam dada dan menyebabkan kematian Muhammad Amirul Rashid Muhammad Niza yang berusia 28 tahun.
00:39Kesalahan itu dilakukan pada 11 Ogos 2025, jam lebih kurang pukul 6.50 petang di sebuah rumah di Taman Seripagi, Senawang di Seremban.
00:50Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum di bawah Seksyen 302 Kanun Kesiksaan.
00:56Sabit kesalahan boleh dihukum mati atau penjara tidak kurang 30 tahun dan tidak lebih 40 tahun dan jika tidak dijatuhkan hukuman mati,
01:07hendaklah dihukum dengan sebatan tidak kurang daripada 12 kali sebatan.
01:12Mahkamah kemudian menetapkan sebutan semula kes 17 Oktober depan.
01:16Sebelum ini, media melaporkan seorang lelaki maut ditikam dan siasatan awal mendapati berpunca daripada perselisihan faham antara suspek dengan mangsa.
01:27Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Ahmad Zafir Muhammad Yusof pula dilaporkan berkata,
01:32suspek menikam mangsa dipercayai kerana birang selepas mengetahui istrinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki terbabit.
01:39Terima kasih kerana menonton!
Be the first to comment
Add your comment

Recommended