Skip to playerSkip to main content
  • 5 months ago
Jepun memberi penghormatan kepada lebih 3 juta mangsa perang pada hari Jumaat sempena memperingati 80 tahun penyerahan negara itu, yang menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Jepun memberi penghormatan kepada lebih 3 juta mangsa perang pada hari Jumaat sepanjang memperingati 80 tahun penyerahan negara itu yang menandakan tamatnya Perang Dunia Kedua.
00:10Dalam satu majlis peringkat kebangsaan di Dewan Budokan, Tokyo, kira-kira 4,500 pegawai serta keluarga mangsa perang dan waris mereka dari seluruh Jepun bertafakur pada tengah hari waktu yang sama ketika ucapan penyerahan oleh Maharaja Jepun disiarkan pada 15 Ogos 1945.
00:30Maharaja Jepun Naruhito dalam ucapannya merakamkan ucapan takziah kepada mereka dan keluarga yang terkorban dalam peperangan itu.
01:00Sementara itu Perdana Menteri Shigeru Ishiba menyatakan penyesalan terhadap perang yang disifatkannya sebagai satu kesilapan sekaligus mengembalikan penggunaan perkataan itu dalam ucapan pemimpin Jepun pada 15 Ogos.
01:20Seorang pelajar berusia 15 tahun dari Hiroshima, Amita Shiro yang menyerahkan bunga kekwa kepada Ishiba semasa majlis itu telah melawat Iwo Jima pada tahun lalu bagi mahaleri upacara peringatan bersama Jepun Amerika Syarikat.
01:49Ami berkata pada Jumaat bahawa beliau amat percaya dunia tidak seharusnya mengalami peperangan yang menyebabkan keluarga terpisah.
Be the first to comment
Add your comment

Recommended