00:00Pengetua Penolong Kanan Hal Iwan Murid dan semua Warden Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tun Datu Mustafa
00:07ditempatkan sementara di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, kata Kementerian Pendidikan.
00:13Dalam kenyataan, langkah itu dibuat sehingga siasatan polis berhubung kematian Zahra Karina Mahathir selesai
00:19susulan pengumuman bahawa Pasukan Petugas Khas Bukit Aman telah mengambil alih kes tersebut.
00:25Menurutnya, seperti yang telah ditegaskan, kes itu menjadi keutamaan KPM pada masa ini
00:30dengan jaminan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara menyeluruh, teliti dan tuntas.
00:40Tiga hari lalu, jenazah Zahra digali semula untuk berdah siasat selepas Jabatan Peguam Negara mengarahkan polis menyiasat lanjut kematian remaja berusia 13 tahun itu.
00:50Zahra ditemui tidak sedarkan diri pada 4 pagi 16 Julai lalu selepas didakwa terjatuh dari tingkat 3 asrama sekolahnya di Pampar Sabah.
Be the first to comment