Skip to playerSkip to main content
  • 9 months ago
Pasukan peguam mewakili ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, menyifatkan pengambilalihan siasatan kematian pelajar tingkatan satu itu oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman sebagai satu perkembangan positif untuk merungkai kes tersebut.
Transcript
00:00Assalamualaikum dan salam sejahtera, saya Irfan Faruqi dan ini Bita Nawani kita mulakan dahulu dengan perkembangan yang kami baru terima
00:07yang mana pasukan peguam mewakili ibu kepada Allahyarham Zaraqairi dan Mahathir menifatkan pengambil alihan siasatan kematian pelajar tingkatan 1 itu
00:15oleh pasukan khas Jabatan Siasatan Jenayah JSC Bukit Aman sebagai satu perkembangan positif untuk merungkai kes tersebut.
00:23Dalam kenyataan bersama, Syahlan Jufri, Riz Wan Din, M. Burhan dan Muhammad Luqman Syazwan Zabidi memberitahu langkah itu selaras dengan permohonan kepada Jabatan Peguam Negara EJSC yang dibuat pada 5 Ogos lalu.
00:39Empat perkara yang dimohon ialah kertas siasatan dikembalikan kepada Polis Deraja Malaysia PDRM dan siasatan dibuka semula, proses siasatan dilakukan oleh pegawai penyiasat berpengalaman dari Bukit Aman.
00:51Perkara ketiga dan keempat melibatkan kubur Zara dikali semula agar satu beras siasat dilakukan bagi menentukan punca sebenar kematian dan satu inquest diadakan untuk menentukan sama ada wujud unsur jenayah dalam kematian Zara Khairina.
01:08Dalam pada itu, peguam percaya perkembangan ini mampu merungkai persoalan kematian Zara Khairina dan membuktikan wujud unsur jenayah jika ada.
01:16Dalam kenyataan berasingan, pejabat urus setia Ketua Polis Negara memaklumkan pasukan khas sembilan anggota dan pegawai itu dihantar bagi memastikan siasatan dilaksanakan secara telus dan menyeluruh.
Comments

Recommended