Skip to playerSkip to main content
'Anak yang saya sayang hilang sekelip mata' - Ibu mangsa kemalangan maut

GURUN - Ibu kepada mangsa kemalangan maut, tidak dapat membayangkan kembali situasi di mana dirinya 'menyambut' anak dalam keadaan sawan ketika tiba di Hospital Yan sejurus kejadian, lapor wartawan Sinar Harian, Siti Zubaidah Zakaraya.

Norliza Mohd Salleh, 44, yang juga merupakan seorang jururawat menceritakan ketika itu, dia baharu sahaja masuk kerja shif malam, 28 Julai lalu.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/742254/berita/semasa/anak-yang-saya-sayang-hilang-sekelip-mata---ibu-mangsa-kemalangan-maut

Muzik: Introspection -Amsoound dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #Kemalanganmaut
Transcript
00:01Ibu kepada mangsa kemalangan maut tidak sanggup membayangkan kembali situasi di mana dirinya menyambut anak dalam keadaan tidak sedarkan diri di hospitalian sejurus kejadian.
00:15Nur Liza Muhammad Saleh yang juga merupakan curawat menceritakan ketika itu baru masuk kerja shift malam 28 Julai lalu.
00:24Sejujurnya keadaan fizikal tidak kelihatan kecederaan yang dialami namun pemiksaan doktor mendapati Muhammad Nur Iman Daniel Muhammad Rashidi parah di kepala.
00:37Dalam kejadian terbabit Muhammad Nur Iman terlibat kemalangan dengan sebuah kereta dipandu anggota polis dari ibu pejabat polis daerah yan di lampu isyarat pekan kebar cempedak.
01:03Siasatan awal dari rakaman kamera litar tertutup CCTV mendapati anggota terbabit dari arah jenun ke yan tidak berhenti di lampu isyarat merah menyebabkannya berlanggar dengan Muhammad Nur Iman yang datang dari arah Al-Ustar ke Gurun.
01:19Kemudian itu kemudian dilaporkan meninggal dunia selepas tiga hari menerima rawatan di unit rawatan rapi Hospital Sultanah Bahiyah Al-Ustar.
01:29Nur Liza ditubungi di perkarangan Mahkamah Magistrit Gurun pada Rabu ketika mengikuti pertuduhan ke atas Koperal Azhar Madzaini yang didakwa memandu secara berbahaya sehingga menyebabkan kematian Muhammad Nur Iman Daniel.
01:44Dan pada itu Nur Liza menjelaskan beliau sendiri tidak sanggup melihat rakaman video CCTV yang tular membabitkan anaknya.
01:54Sementara itu bapa kepada Muhammad Nur Iman Muhammad Rashidi alias berkata telah bercadang melantik peguam pemerhati bagi pihak keluarga.
02:04Alhamdulillah ini pemulaan daripada proses keadilan yang akan kita dapat.
02:09Mungkin mereka masa setahun berdua tahun lalu kita ada lagi.
02:13Sebagai orang Islam kita nak adil. Kita tak mahu berat belah kita pun.
02:17Kalau ada salah belah anak saya, kan adil lah kesalahan itu kan.
02:21Kalau ada betul belah dia, adil lah dengan kebenaran dia.
02:26Kalau anak-anak saya, menjalimi anak saya, fitnah anak saya yang dah tak ada, yang tak mampu nak kelar daripada kubur, nak bercakap.
02:35Jadi saya, kami doakan baliklah, baliklah fitnah itu kat muka mereka.
02:40Itu pun kena minta.
02:41Kami nak keadilan.
02:43Kalau anak saya ada salah walaupun sikit daripada segi apa-apa pun, tak apa.
02:48Kebenaran kita bawa dalam mahkamah.
02:50Apa sahaja yang boleh dia pertahankan diri dengan kebenaran dia, dia duduk.
02:56Sampir kan, tak ada masalah.
02:58Kebenaran untuk anak kami dan keadilan untuk anak kami.
Comments

Recommended