00:00Penyanyi terkenal dari Kelantan, Eda Ezrin atau nama sebenarnya Wan Nur Syahidah Azlin Wan Ismail.
00:14Dibebaskan hari ini selepas hampir sembilan bulan ditahan di penjara wilayah Naratiwat, Thailand.
00:21Pembebasan Eda dibuat selepas Mahkamah Wilayah Naratiwat mendapati tiada bukti kukuh
00:25yang mengaitkan dia dan lima individu lain dengan pemilikan 6,059 pil metafetamin
00:31yang ditemui di sebuah bilik hotel di Sungai Kolok pada November tahun lalu.
00:38Lima individu lain yang turut dibebaskan ialah suami Eda Ezrin, Muhammad Afandi Ahmad,
00:43Eridika Muhammad Nur, Muhammad Alif Deraman, Nur Aida Mahmud dan Zuhaira Nasrin.
00:50Kesemua mereka sebelum ini didakwa atas tuduhan pemilik kendada.
00:53Namun, rakaman CCTV menunjukkan dadah tersebut dibawa masuk tiga individu lain
00:59yang tidak termasuk dalam kalangan tertuduh.
01:02Bagaimanapun, Mahkamah mendapati kesemua tertuduh bersalah atas tuduhan penggunaan dadah
01:08dan menjatuhkan hukuman penjara 6 bulan serta denda sebanyak 4,000 baht setiap seorang.
01:15Hukuman tersebut dianggap telah dilunaskan kerana mereka ditahan sejak November
01:19dan menunjukkan tingkah laku baik sepanjang tempoh tahanan.
Comments