IMF jangka pertumbuhan ekonomi global lebih tinggi hingga 2026, dipacu rangsangan fiskal dan tarif lebih rendah. AS diramal terus berkembang meski tekanan inflasi kekal.
00:00Tabung kewangan antarabangsa, IMF, menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi global untuk 2025 kepada 3%, iaitu peningkatan sebanyak 0.2 mata peratusan.
00:11Bagi 2026, IMF kini menjangkakan pertumbuhan global sebanyak 3.1%, sedikit lebih tinggi daripada anggaran sebelumnya, iaitu 3%.
00:20Menurut IMF, peningkatan unjuran ini didorong oleh aktiviti perniagaan yang kukuh menjelang tarif yang dijangka dikenakan, tarif yang lebih rendah daripada yang dibimbangi akan dikenakan Amerika Syarikat, keadaan kewangan yang bertambah baik serta rangsangan fiskal di negara utama seperti China, Jerman dan Amerika Syarikat.
00:40IMF turut menyatakan pandangan yang sedikit lebih optimistik terhadap ekonomi Amerika, iaitu ekonomi terbesar dunia.
00:47Ia kini menjangkakan pertumbuhan ekonomi Amerika sebanyak 1.9% pada 2025, meningkat 0.1 mata peratusan daripada unjuran April lepas.
00:58Peningkatan ini mencerminkan pengurangan tarif baru-baru ini walaupun IMF memberi amaran yang permintaan domestik sedang merosot lebih cepat daripada yang dijangkakan.
01:07Bagi tahun 2026, IMF menjangka inisiatif cukai akan merangsang pelaburan korporat, justeru menaikkan unjuran pertumbuhan Amerika kepada 2% meningkat 0.3 mata peratusan.
01:20Tekanan inflasi kekal menjadi kebimbangan di Amerika Syarikat.
01:22IMF memberi amaran yang tarif yang dikenakan oleh Presiden Donald Trump menyebabkan kos import meningkat sekaligus menaikkan kos pengeluaran.
01:31Kos ini dijangka dipindahkan kepada pengguna yang boleh mendorong inflasi lebih tinggi sehingga hujung tahun.
Be the first to comment