Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad menyatakan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap rokok elektronik atau 'vape'.
Menurutnya, penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan langkah sedia ada.
Beliau menjawab soalan diutarakan Ahli Parlimen Pokok Sena, Ahmad Saad @Yahaya yang meminta beliau menyatakan pendirian KKM terhadap langkah beberapa kerajaan negeri yang menghentikan pengeluaran lesen perniagaan rokok elektronik atau vape.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Bagi mencapai kawalan yang lebih menyeluruh, khasnya pengharaman sepenuhnya terhadap penjualan dan penggunaan rokok elektronik atau VEP ini, penelitian terperinci serta tindakan susulan di peringkat kerajaan persekutuan masih diperlukan.
00:24Seiring dengan itu, Kementerian Kesihatan sedang menuju ke arah pengharaman sepenuhnya terhadap penggunaan dan penjualan rokok elektronik atau VEP bagi mengekang isu ini secara lebih berkesan dan menyeluruh.
00:41Walaubagaimanapun, pelaksanaan pengharaman ini perlu dibuat secara teliti dengan mengambil kira pelbagai aspek, khasnya aspek perundangan, pengakuasaan dan kesihatan awam.
00:54Penelitian menyeluruh sedang dijalankan bagi menilai keberkesanan langkah kawalan sedia ada, serta keperluan dasar yang lebih komprehensif dan melindungi kepentingan kesihatan rakyat secara keseluruhan.
01:08Mentalahan kita telah pun membuat kuasakan Akta 852, Akta Kawalan Produk Merokok demi Kesihatan Awam 2024 itu.
01:16Mesyuarat Jawatan Kuasa Kepakaran Rokok Elektronik atau VEP yang kita tubuhkan telah diadakan pada 22 Julai 2025 bagi meneliti isu-isu terkait strategi pengawalan VEP, pengawalan VEP dan pengukuhan kawalan terhadap produk-produk merokok.
01:38Jawatan Kuasa ini turut mencadangkan kajian penilaian terhadap aspek perundangan, industri, hasil kerajaan, ekonomi dan perlesinan sekiranya penjualan dan penggunaan rokok VEP, rokok elektronik atau VEP ingin diharamkan.
01:55Susulan itu Kementerian Kesehatan merancang untuk mengadakan perbincangan terperinci bersama-sama empat kementerian yang lain.
02:07MOF, KPDN, MITI dan juga Jabatan Peguam Negara AGC.