Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • yesterday
Kerajaan negeri menafikan dakwaan bahawa kerja-kerja Projek Menaik Taraf Benteng Pantai di Tanjung Bidara, Alor Gajah yang dianggarkan menelan kos RM2.29 juta telah dihentikan, lapor wartawan Sinar Harian, Nor Farhana Yaacob.

Exco Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana, Datuk Rais Yasin berkata, projek yang melibatkan tiga fasa sepanjang 180 meter itu telah mencapai kemajuan 40 peratus oleh kontraktor berbanding jadual asal iaitu 35 peratus setakat ini.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/739595/edisi/melaka-ns/kerajaan-negeri-nafi-projek-naik-taraf-benteng-pantai-lewat-dihentikan

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #projeknaiktarafbentengpantai #AlorGajah #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Jadi saya ingin memberi sedikit penerangan yang penting adalah projek ini tidak sesekali dihentikan oleh GPS Malaysia ataupun GPS Melaka.
00:11Sebagai pelaksananya, mereka sentiasa menjalankan cuma apabila ada isu, perlu diatasi segera.
00:17Jadi hari ini penambahbaikan desain telah pun dibuat oleh pihak GPS dan sekarang 18 Julai kontraktor telah pun masuk kembali ke tapak dan sekarang kita akan mulakan semula projek ini dengan desain yang baru termasuklah di zone B dan zone C.
00:38Jadi apa yang ingin saya ketengahkan di sini adalah kalau kita lihat kontrak asal tarikh siapnya adalah pada 14 September 2026 bukan September 2025.
00:53Jadi di sini jelas menunjukkan pihak kontraktor ataupun GPS tidak ada isu kelewatan langsung. Malah mereka berada ahead of time di mana sekarang progressnya telah 40%.
01:08Kalau ikut daripada kontrak, walaupun dengan isu yang ada, mereka perlu 35%. Tapi sekarang dah mencecah kepada 40%.
01:17Jadi insyaAllah saya rasa dengan penerangan ini kita boleh membantu masyarakat untuk mengetahui.
01:25Projek ini kita mengucapkan jutaan terima kasih kepada Yang Amat Berhormat Ketua Menteri, Datuk Seri Utama Abdul Rahul Bin Yusof.
01:31Kerana beliaulah yang mendapatkan bajet untuk menyelesaikan isu ini yang telah berlarutan sekian lama.
01:39Dalam masa yang sama, Yang Amat Berhormat Ketua Menteri juga adalah Adun Tanjung Bidara.
01:43Jadi isu penduduk setempat termasuklah isu nelayan yang ini yang kita utamakan.
01:49Jadi saya rasa mana-mana pihak yang cuba mempolitikkan isu ini cuba lihat dahulu faktanya sebelum kita menereja dengan sesuatu yang tanpa fakta.
02:03Jadi kalau kata kontraktor lari ataupun keluar berhenti kerja, itu semua fakta yang salah.
02:11kerana kontraktor berhenti seketika untuk mendapatkan kata-kata tuntas dan daripada skop terbaru daripada JPS.
02:19Jadi skop itu semua sudah selesai dan mereka akan memulakan kerja.

Recommended