Kerajaan pertimbang gubal akta wajib daftar MyDigital ID
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, kerajaan sedang mempertimbangkan untuk menggubal akta bagi menggalakkan atau mewajibkan rakyat mendaftar MyDigital ID.
Menurutnya, ini kerana, berlaku kekangan bagi memastikan rakyat Malaysia mendaftar MyDigital ID berikutan ia bersifat sukarela.
Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1
Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.
00:00Yang berhormat sebenarnya untuk kita menggalakkan lebih ramai lagi mereka-mereka menggunakan MyDigitalID ini, kita ada kekangan.
00:09Di antara kekangan ialah untuk mereka mendaftar dalam MyDigitalID ini adalah bersifat sukarela.
00:15Jadi inilah di antara perkara-perkara yang kita kena bincangkan dengan lebih terperinci lagi bagaimana untuk memastikan rakyat lebih ramai lagi mendaftar dalam MyDigitalID ini.
00:26Jadi kerajaan juga sedang melihat kemungkinan untuk kita mewujudkan mungkin akta yang boleh menggalakkan ataupun mewajibkan mungkin rakyat untuk mendaftar MyDigitalID.
00:41Dan kita juga melaksanakan kerjasama-kerjasama dengan pelbagai pihak dan entiti termasuklah entiti swasta untuk kita juga meningkatkan penggunaan MyDigitalID.