00:00Perdana Menteri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah mencadangkan kepada yang di-Pertuan Agong
00:05mana-mana calon yang dianggap sebagai kompromi untuk jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.
00:10Beliau berkata Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Azalina Osman Said
00:15serta Ketua Setiausaha Negara Samsul Azri Abu Bakar mengetahui dengan pasti
00:19bahawa perkara tersebut tidak pernah berlaku.
00:23Anwar memaklumkan bahawa beliau telah mengadakan perbincangan panjang bagi tadi
00:26bersama Majlis Raja-Raja yang bersidang mulai hari ini hingga Khamis
00:31dan satu pengumuman berkemungkinan akan dibuat esok berhubung pelantikan jawatan tertinggi dalam badan kehakiman.
00:38Beliau menambah bahawa pengumuman tersebut akan dapat menghapuskan persepsi negatif
00:42yang timbul berkaitan isu berkenaan.
00:45Anwar turut menyatakan harapan agar pengumuman itu kelak membuktikan komitmen kerajaan pimpinannya
00:50terhadap reformasi institusi dan usaha mengekalkan kebebasan badan kehakiman.
00:54Di bawah perkara 1 di 2B Perlembagaan Persekutuan Perlantikan Hakim-Hakim Tertinggi
01:00termasuk Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Malaya
01:05dibuat oleh Yang Di-Pertuan Agung atas nasihat Perdana Menteri
01:08selepas berunding dengan Majlis Raja-Raja.
01:12Terima kasih telah menonton!