Skip to playerSkip to main content
Jenazah enam beranak yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke dalam Sungai Korok, di sini selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam, Masjid Al-Taqwa, Jerlun jam 11.50 malam Isnin.

#AWANInews
Transcript
00:00Baik ini berita yang baru kami firma jenazah 6 beranak yang maut dalam kemalangan kereta terbabas dan terjunam ke Sungai Korok.
00:08Selamat dikebumikan dalam satu liang lahat di tanah perkuburan Islam Masjid Al-Taqwa, Jerlon, jam 11.50 malam Isnin.
00:17Lebih 500 orang terdiri ahli keluarga dan penduduk tempatan hadir untuk memberi penghormatan terakhir kepada semua jenazah.
00:24Terdahulu proses berasiasat kesemua mangsa selesai dan dibawa keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sultanah Bahia, HSB, jam 9.20 malam.
00:34Kesemua jenazah sebelum itu disolatkan di Masjid Al-Taqwa.
00:38Muhammad Azim Izzat Isyad, 32 tahun, Nurul Hidayah Khadijah Rasman Effendi, 31 tahun, Putra Rayan Nur Izzat, 9 tahun, Hawa Adriana Nur Izzat, 8 tahun, Anailah Humairah Nur Izzat, 7 tahun dan Tuah Haidar, 6 bulan, ditemukan meninggal dunia di dalam Sungai Korok pada jam 9 pagi Isnin.
00:59Sebelum ini, media melaporkan enam sekeluarga termasuk seorang bayi berusia 6 bulan dikuatiri hilang selepas gagal dihubungi ahli keluarga sejak Sabtu lepas.
01:09Kehilangan mereka disedari apabila tidak pulang ke rumah di Jerlon selepas bermalam di rumah ahli keluarga yang lain di Taman Aman di Citra.
Comments

Recommended