00:00Bekas pensyarah Universiti Teknologi Mara yang didakwa kerana melakukan gangguan seksual pada 2024,
00:08sekali lagi berdepan tuduhan sama membabitkan pelajar sebuah kolej di negeri 9 Mei lalu.
00:14Sumber memberitahu FMT, kali ini lelaki berusia 52 tahun itu didakwa atas tuduhan serangan seksual secara lisan
00:22dengan niat mencabul kehormatan seseorang di sebuah kolej swasta dinilai.
00:27Tertuduh didakwa di Mahkamah Seksyen Seremban pada 21 Mei mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan dan digantung tugas hingga semalam.
00:38Pegawai penyiasat IPD nilai Hamimi Ramli mengesahkan perkara itu kepada FMT dan memaklumkan sedang menunggu arahan lanjut daripada mahkamah.
00:48Kes itu terbongkar apabila mangsa berusia 21 tahun menerusi media sosialnya
00:53menceritakan bagaimana dia diminta hadir ke bilik pensyarah tersebut atas urusan pembelajaran pada 23 April lalu sebelum bercakap soal seks.
01:03Mangsa yang ketakutan menghantar mesej kepada rakannya untuk meminta bantuan
01:08dan membuat aduan kepada pihak pengurusan kolej serta laporan polis.
01:13UITM menamatkan perkhidmatan pensyarah itu susulan laporan FMT dua tahun lalu
01:18selepas berdepan tuduhan gangguan seksual dengan cara meminta pelajar wanita menjawab soalan kaji selidik melampau
01:24menerusi panggilan telefon.
01:27Dia kemudian didakwa di mahkamah Session tangkap pada Mac 2024
01:31dan perbicaraan masih berlangsung sehingga kini.
Comments