Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 6/23/2025
Isteri bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin dan keluarga, berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur pada Isnin, untuk menangguhkan sementara perintah membekukan aset hartanah di London mencecah 132 juta pound sterling (RM758.2 juta).

Hakim, Datuk Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam, Datuk Dr Gurdial Singh Nijar yang mewakili Na'imah dan keluarga, dalam prosiding yang ditetapkan bagi sebutan permohonan ex parte atau sebelah pihak.

Artikel:https://www.sinarharian.com.my/article/735161/berita/semasa/keluarga-tun-daim-berjaya-tangguh-beku-aset-rm7582-juta-di-london

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#KarnivalSiangMalam #SinarHarian #BeritaSemasa #TunDaim
Transcript
00:00Isteri bekas Menteri Keuangan Allahyarham Tundaim Zainuddin dan keluarga berjaya dalam permohonannya di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isinin
00:09untuk menangguhkan sementara perintah membekukan aset hartanah di London mencecah 132 juta pound sterling bersamaan 758.2 juta ringgit.
00:21Hakim Dato' Azhar Abdul Hamid memutuskan demikian selepas membenarkan permohonan peguam Dato' Dr. Gurdia Singh Mejar
00:29yang mewakili Naimah dan keluarga dalam prosedur yang ditetapkan bagi sebutan permohonan ex-parti atau sebelah pihak.
00:36Mahkamah kemudiannya menetapkan pada 9 Julai ini bagi mendengar permohonan tujuh pihak termasuk Yayasan Ilham untuk menjadi pencelah.
00:44Hakim itu turut membenarkan Naimah untuk menjadi pencelah dalam permohonan SPRM secara interparti iaitu dua pihak.
00:52Pada 3 Jul lalu, Mahkamah memerintahkan aset luar negara milik isteri bekas ahli politik itu
00:58dan keluarga dibekukan.
01:01Tujuh aset yang dibekukan kesemuanya di London antaranya ialah dua bangunan komersial,
01:05lima kediaman mewah dan satu akaun bank sementara.
01:09Akaun bank itu berdaftar atas nama Yayasan Ilham.
01:12sudah.
01:13Bersambung.
01:13Terima kasih.
01:14Terima kasih.
01:16Terima kasih.
01:16Bersambung.
01:17Terima kasih.
01:17Terima kasih kerana menonton!

Recommended