Skip to playerSkip to main content
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar berkata, aduan serta laporan terhadap kandungan video yang cuba mencemarkan imej Lembaga Tabung Haji (TH) di media sosial telah dikemukakan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk tindakan lanjut.

Beliau maklum terdapat beberapa video berlegar di media sosial yang mengajak umat Islam di negara ini untuk keluar daripada menyimpan wang di TH.

Beliau menjawab soalan tambahan Ahli Parlimen Tampin, Datuk Mohd Isam Mohd Isa yang bertanyakan mengenai usaha kerajaan mengekang cubaan pembinaan naratif serta dakwaan jahat terhadap TH di pelbagai platform media sosial.

Tonton video menarik di https://bit.ly/3H2tLd1

Copyright disclaimer: Segala penyuntingan video adalah hak cipta terpelihara milik Sinar Harian.

#SinarHarian #BeritaSemasa #sidangdewanrakyat #parlimen #TH #laporanberitacemarTH #MCMC
Transcript
00:00Saya maklum tentang beberapa video yang berlega yang mungkin akan memberi kesan
00:06ada yang mengajak umat Islam di Malaysia ini untuk keluar daripada simpanan
00:13ataupun keluar daripada tabung haji.
00:15Hasutan-hasutan sebegini tidak memberikan manfaat ataupun kebaikan
00:19kepada usaha untuk kita mempertahankan tabung haji ini.
00:23Maka dalam konteks itulah di pihak kerajaan kita sedang meneliti
00:29dan juga tindakan telah diambil.
00:32Contohnya aduan ataupun laporan telah dikemukakan kepada MCMC
00:38laporan polis juga telah dibuat.
00:40Ke atas ada beberapa video yang kita dapati menjurus kepada kearah hasutan tersebut
00:47dan kita serahkan kepada pihak berwajib untuk melaksanakan
00:51atau menjalankan tanggungjawab mereka untuk menjalankan siasatan dengan adil.
00:55Selain daripada itu, Tuan Yang Dipertua, di pihak tabung haji dan juga agensi-agensi agama
01:03khususnya TV Alijra, Aikim dan sebagainya, kita akan terus mengadakan kempen penjelasan
01:10secara terperinci untuk menjelaskan isu-isu yang berkaitan dengan yang terbit,
01:16yang melibatkan tabung haji dan kita akan berikan penjelasan ini kepada rakyat.
01:21Semoga dengan penjelasan yang diberikan kepada rakyat, kita harapkan
01:25agar semua kita akan sama-sama dapat bekerjasama, menolong dan membantu
01:30untuk mempertahankan institusi tabung haji yang kita sayangi.
Comments

Recommended