Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 months ago
Orang ramai terutamanya penduduk di Jalan Kempas 7 yang berada sekitar hanya 10 meter dari kawasan kilang yang terbakar pada Sabtu tetap mengambil langkah berjaga-jaga biarpun kebakaran di kawasan berkenaan dimaklumkan dalam keadaan terkawal, lapor wartawan Sinar Harian, Shahrizal Ahmad Zaini.

Tinjauan Sinar Harian ke kawasan berkenaan pada Ahad mendapati orang ramai tetap menjalani rutin harian seperti biasa, namun tidak melepasi lintas garisan kuning di kawasan berkenaan.

Artikel: https://www.sinarharian.com.my/article/735007/berita/semasa/kebakaran-kilang-penduduk-ambil-langkah-berjaga-jaga-situasi-keadaan-terkawal

Muzik: Elevate dari www.bensound.com

#SinarHarian #BeritaSemasa #kebakarankilang #johorbahru #KarnivalSiangMalam
Transcript
00:00Orang ramai, terutamanya penduduk di jalan kempas tujuh yang berada hanya 10 meter dengan kawasan kilang di taman kota puteri yang terbakar pada Sabtu, tetap mengambil langkah pajak jaga biarpun kebakaran di kawasan perkenaan dimaklumkan dalam keadaan terkawal.
00:16Tinjauan sinar harian ke kawasan perkenaan pada Ahad, mendapati orang ramai tetap menjalani rutin harian seperti biasa, namun tidak melepasi lintasan garis kuning di kawasan perkenaan.
00:30Bagaimanapun, setakat ini, tiada separah kecederaan atau kemahangan jiwa yang direporkan dan punca kebekaran masih dalam siasatan.
00:39Saya parking lori sini, tempat sini, kawasan yang bakar tu. Tapi Sabtu tengah malam, pukul 1 saya dah keluar pergi kerja.
00:51Lepas tu, siang 12.30 pagi baru saya dengar tempat sini ada kebakaran. Lepas tu, saya telefon yang incas ni, dia kata, ya betul, kena bakar.
01:00Saya cakap, saya motor ada sana, macam mana? Dia cakap, dia dah alihkan, alihkan taruh bawah je. Lepas tu, saya ingat tak ada masalah, saya pergi kerja balik lah.
01:09Lepas tu, malam dia orang cakap, habis semua. Tak boleh masuk tengok, apapun tak boleh. Sekarang pagi baru saya datang nak tengok lah.
01:19Bomber cakap, bawa surat report. Semua. Lepas tu, baru boleh pergi tengok, motor ada ke tak ada.
01:28Semasa kebakaran, tengah hari, diarahkan, kosongkan sebaris mengadap kebakaran.
01:33Lepas tu, petang dapat arahan daripada pihak bomber. Kalau dah selamat, baru boleh masuk.
01:41Dan kita masuk balik lah. Malam kita seperti biasa lah.
01:45Tapi saya setiap saya pantau lah, tengok keluar rumah, tengok keadaan lah.
01:49Kalau mana tahu ada arahan terbaru. Sopar sampai pagi, tak ada apa-apa arahan.
01:54Dalam ayat kebakaran ni, depan rumah saya ni, dalam pukul 12 lebih lah.
02:00Lepas tu, bomba lah, arahkan kita orang keluar. Tapi saya dah keluar dulu lah.
02:06Saya tujuh anak saya kat belakang sana. Suami masih ada kat sini.
02:12Lepas tu, saya balik lah dalam 6 hari.
02:16malam pun masih ada api. Tapi kita orang pun takutlah berhati-hati lah.
02:23Sampai sekarang ni, pagi, bomba masih ada lah.
02:26Sampai jumpa.

Recommended