Skip to playerSkip to main content
  • 8 months ago
Setelah lebih 31 tahun ditubuhkan, Ali Maju Bistro terkenal dengan konsep santai yang menyediakan pelbagai aneka makanan lokal dan barat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Nama Ali Maju Bistro tidak asing lagi dalam kalangan penggemar restoran mamak, terutama bagi mereka yang tinggal di sekitar Lembah Kelang.
00:08Setelah lebih 31 tahun ditubuhkan, Ali Maju Bistro terkenal dengan konsep santai yang menyediakan pelbagai aneka makanan lokal dan barat, namun hidangan istimewa nan keju menjadi pilihan ramai.
00:30Pengasasnya Dato' Jawahar Ali berkongsi pengalamannya yang mula berhijrah ke Kuala Lumpur pada 1914 sebelum berpeluang melibatkan diri dalam industri makanan dan minuman F&B sehingga mampu membuka kafe pertamanya di Kementerian Dalam Negeri KDN.
00:57Tapi Alhamdulillah bila mana berhijrah ke Kuala Lumpur ni dapat mencuburi bidang perniagaan F&B ni saya rasa perlu ada buat penambahbaikan dan perubahan dalam perniagaan ni.
01:10Daripada 1994 saya ada satu kafe, hari ni kita ada sekitar 23 cawangan Lali Maju di sekitar Lembah Kelang ni Alhamdulillah.
01:19Beliau berkata misi utama mencuburi bidang makanan dan minuman adalah demi membawa perubahan dengan memastikan makanan-makanan lokal dapat dinikmati dengan harga berpatutan.
01:31Katanya kebersihan yang baik serta penggunaan bahan-bahan berkualiti tinggi turut di titik berat demi memastikan orang ramai dapat menikmati pelbagai juadah panas termasuk tom yum, pihun goreng dan ayam tanduri.
01:43Semua permis Alhamdulillah memang kita adakan Estro punya channel dengan wifi dan wifi ni orang kata pasti kencang kan memang yang terbaik dan kita menyediakan makanan dari segi makanan juga.
01:59Kita bukan dari segi kualiti makanan sahaja dan lagi satu juga dalam isu halal-halam.
02:05Menurutnya Ali Maju Bistro kini mempunyai 23 cawangan di sekitar Lembah Kelang dilengkapi televisyen dengan saluran Estro Bistro 1 khas untuk pelanggan terutama penggemar rancangan sukan seperti bola sepak.
02:19Sementara itu beberapa pelanggan tetap berkongsi pengalaman sering berkunjung ke restoran tersebut bagi menonton pelawanan bola sepak serlangsung dan dapat menikmati akses skrin besar ditambah kemeriahan sorakkan penonton.
02:30Menurut salah seorang daripada mereka, faktor lain yang menariknya untuk kembali ke restoran itu adalah suasana mesra keluarga yang ditawarkan selain berkongsi bahawa hidangan nan keju menjadi pilihannya dan anak-anak.
02:42Apabila ada game selalunya IPL daripada pukul 7.30 sampai lah ke pukul 1.30 sampai kata orang dia punya kedai nak tutup barulah saya balik.
02:56Memang tempat ni lah dia, tempat saya selalu sebab senang fokus pada TV yang besar di sini.
03:02Jadi itulah selalunya IPL saya tak tinggal mesti datangkan sini, kat Lim Maju.
03:08Anak-anak dia convenience sebab tempat terasa, lepas tu lagi-lagi tu nak order makan tu cepat juga lah dah sampai.
03:16So diorang, saya tak perlu nak susah sangat untuk handle diorang sebab tempat terasa ya, itu senang.
03:24Astro Biz One Rewards memberi ruang eksklusif kepada pemenang untuk menangkat jenama peniagaan ke tahap lebih tinggi melalui liputan istimewa di platform berprestij Astro Awani.
03:38Terima kasih kerana menonton!
Comments

Recommended