00:00Presiden Perancis Emmanuel Macron menggesa Israel supaya segera membebaskan aktivis termasuk Gereta Thunberg yang berada di bot Medlin yang dirampas ketika dalam perjalanan ke Gaza pada Isnin.
00:14Tidakkan tersebut mencetuskan protes besar-besaran di beberapa bandar utama Eropah.
00:18Puluhan ribu orang menyertai tunjuk perasaan selepas pasukan Israel memintas kapal yang membawa 12 aktivis antarabangsa dalam misi menghantar bantuan ke Gaza.
00:30Di Perancis, demonstrasi dianjurkan oleh parti-parti berhaluan kiri di Paris dan sekurang-kurangnya lima bandar lain.
00:37Mereka mengecam tindakan tentera Israel merampas bot tersebut sebagai pencabulan undang-undang antarabangsa.
00:42Presiden Macron dalam kenyataan rasmi menggesa pembebasan segera enam warga negara Perancis yang berada di atas kapal tersebut dan menegaskan bahawa mereka mesti dibenarkan pulang ke Perancis secepat mungkin tanpa syarat.
00:55Macron terus menyifatkan sekatan kemanusiaannya dikenakan ke atas Gaza sebagai satu skandal besar yang memalukan dan tidak boleh diterima dari sudut kemanusiaan dan undang-undang antarabangsa.
Comments