Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) membatalkan lesen pengendali syarikat lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lepas.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Agensi Pengangkutan Awam Darat atau APAD membatalkan lesin pengendali syarikat lori muatan batu yang terlibat dalam kemalangan meragut nyawa sembilan anggota unit simpanan persekutuan FRU di Jalan Cikus Sungai Lampam, Teluk Intan pada 13 Mei lalu.
00:16Pembatalan lesin pengendali terhadap syarikat Tashven Trading itu berkuat kuasa 29 Mei 2025.
00:23Menurut kenyataan itu lagi, dengan terbatalnya lesin pengendali berkenaan, syarikat tersebut tidak dimenarkan untuk mengendali atau mengadakan sebarang perkhidmatan menggunakan mana-mana kenderaan yang dilisinkan di bawah lesin pengendali itu.
00:39Hasil siasatan APAD juga mendapati syarikat itu gagal mematuhi keperluan kod amalan keselamatan industri, gagal memastikan sistem kedudukan sejagat berfungsi dan telah tamat tempoh, telah membawa muatan yang menyalahi jenis barang yang ditetapkan dalam permit kenderaan tersebut dan tidak mengutamakan keselamatan pengguna jalan raya yang lain.
01:02Katanya APAD ingin menegaskan pendirian pihaknya tidak akan sesekali berkompromi terhadap mana-mana kesalahan pemanduan kenderaan pengangkutan awam darat secara berbahaya yang menyebabkan kemalangan dan boleh mengancam keselamatan pengguna jalan raya.
01:17Pada kejadian 8.50 pagi 13 Mei, sebuah lori FRU dinaiki 18 anggota pasukan dari Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam Ipoh terlibat dalam kemalangan dengan lori membawa muatan batu yang turut mengakibatkan 2 parah manakala 7 lagi cedera.