Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Saksikan bagaimana generasi muda ini melangkah berani ke dunia penyiaran - GROUP 2 (WACANA)

Menjelajah Dunia Penyiaran: 72 Pelajar, 23 Sekolah, Satu Pengalaman Luar Biasa 🎬

Selama dua hari penuh inspirasi di Kumpulan Karangkraf, Shah Alam, seramai 72 pelajar dari 23 sekolah rendah dan menengah negeri Selangor, Perak, Johor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya telah menyertai Latihan Industri TV PSS anjuran Akademi Pendidikan Sinar Bestari.

Program ini memberikan pendedahan awal dunia penyiaran dan media, merangkumi latihan pengacaraan, pengendalian kamera, penyuntingan video dan simulasi program TV.

Saksikan bagaimana generasi muda ini melangkah berani ke dunia penyiaran, membina asas yang kukuh untuk masa depan yang cemerlang dalam industri media.

Jom kita!

#sinarbestari #akademipendidikansinarbestari #latihanindustritvpss #PodcastBualBestari
#TransformasiPendidikan
Transcript
00:00Intro
00:00Baiklah, bersama saya Nurul Fahana, host anda pada hari ni dalam wacana Sinar Siri 498 bertarikh 29 April 2025.
00:24Terima kasih kerana sudi menonton melalui platform Digital Sinar di Facebook, Youtube dan di X.
00:30Bersama-sama saya dengan Saudara Hazir Azman bin Hassan Basri, pengurusi Kelab Gen Ziz Negeri Selangor.
00:38Saudara Muhammad Iskandar Syafwan bin Aznam, pengurusi Persatuan Murid Malaysia.
00:44Hani Zahira binti Hani Zain, pem pengaruh Digital Tiktik.
00:48Nur Hasliza Safira binti Hairul Azwai, pengurusi Persatuan Gen Alpha Malaysia.
00:55Generasi Z atau Gen Z merupakan generasi Zoomers yang lahir antara tahun 1997 hingga 2012.
01:04Dan selanjutnya merujuk kepada generasi Alpha.
01:07Generasi-generasi ini dikenali sebagai Digital Natives yang begitu peka dan cilik digital.
01:13Kita ketepikan persepsi generasi strawberry terhadap golongan muda ini kerana kecilikan digital mereka
01:20serta sudut pandang mereka sangat diperlukan demi mencorak sistem, pendirikan yang lebih mendokong minat dan bakat mereka.
01:28Kita pergi kepada dasar iaitu sekolah.
01:31Bagaimanakah sekolah impian Hazir menguruskan tekanan dan kesihatan menter murid?
01:36Baiklah, terima kasih Pak Anam.
01:38So, sebagai pengurusi Klub Gen Z Serangok, saya rasa saya boleh katakan bahawa masalah tekanan ini adalah salah satu isu yang sangat besar untuk para-para Gen Z sekalian.
01:54Terutamanya dengan perkembangan sosial media.
01:57Mungkin murid berasa tertekan terhadap sesuatu perkara ataupun terhadap seseorang.
02:02Ok, so, sekolah impian saya adalah dengan cara selalu mempromosikan kempen kesihatan minda.
02:10Kampen kesihatan minda ini akan memberikan murid-murid yang kemungkinannya berasa tertekan sedar bahawa tekanan pada diri itu adalah benda yang tidak bagus.
02:23Sekolah saya juga akan meningkatkan masa waktu rehat pelajar.
02:26Sekolah Malaysia-Malaysia lain biasanya mengadakan dalam 20 minit waktu rehat.
02:37Tapi sekolah saya akan mengadakan minimum 40 minit.
02:43Peningkatan masa ini bukan sahaja untuk makan, berbuah soal.
02:49Peningkatan masa ini boleh memberi pelajar-pelajar masa untuk bersosial dan menenangkan fikiran sendiri.
02:57Itu sahaja buat masa sekarang.
02:57Ok lah. Terima kasih Hazret Asman.
02:59Saudara Hazret Asman.
03:02Soalan kedua kepada panel kedua kita.
03:06Boleh beri gambaran pakaian seragam sekolah impian?
03:10Ianya lebih format ataupun lebih bebas?
03:13Baiklah. Saya sebagai pengurus Persatuan Murid Semalaysia, saya lebih tertarik kepada pakaian yang lebih bebas.
03:22Kerana ianya menjimatkan duit ibu bapa untuk membeli pakaian seragam yang agak mahal pada keadaan ekonomi zaman sekarang.
03:31Dan ianya juga dapat mengatasi masalah panas di sekolah.
03:36Selain itu, pakaian disebabkan ianya lebih bebas, saya mencadangkan untuk memakai pin badge logo sekolah untuk menandakan dia bersekolah di situ.
03:48Jikalau dia dilanggar di luar sekolah, jadi kita dapat tahu dia bersekolah di mana.
03:58Selain itu, pakaian yang lebih bebas itu haruslah menutup aurat dan tidak terdedah.
04:04Ianya kerana bagus untuk menjaga nama baik sekolah.
04:12Baiklah, selain itu, pakaian mestilah kemas dan sopan dan tidak selekir kerana ianya menunjukkan tahap kebersihan murid-murid yang bersekolah di situ.
04:22Baiklah, itu sahaja, beri saya.
04:24Terima kasih saudara Iskandar.
04:27Kita beralih pula kepada saudari Hanis.
04:32Jika boleh reka satu mata pelajaran baru, agak-agak apakah bentuk mata pelajaran itu?
04:38Terima kasih.
04:40Di sekolah impian saya, saya berharap akan ada mata pelajaran iaitu kreativiti digital
04:45yang mesra digital dan meraihkan murid-murid.
04:50Okey, pentingnya subjek ini bagi saya ialah dia dapat mengajar murid-murid cara mengendalikan teknologi digital
05:00seperti phone, laptop dan komputer agar lebih mudah mereka untuk menggunakannya.
05:06Memandangkan pada zaman ini, banyak kita menggunakan teknologi di mana-mana sahaja ada teknologi.
05:13dan dia juga memudahkan supaya mereka ini dapat senang di masa hadapan, di kerja, pada masa kerja
05:23dan juga di universiti ketika menyambung pelajaran.
05:27Cikgu juga dekat sekolah ini, ramai murid yang ada bakat dan potensi untuk menggunakan
05:34peranti digital seperti software, game, sebagainya ramai yang mempotensi dan membakat
05:45cuma dia tidak dikembangkan dan tidak disokong.
05:49Jadi saya rasa amat penting di sekolah untuk mempelajari dan mengajar kepada anak-anak murid
05:56cara-cara menggunakan digital dan cara-cara untuk membuat, mencari kerjaya berdasarkan digital
06:05dan membuat pendapatan.
06:08Dan akhir sekali, saudari Safira, kita tahu sekolah-sekolah masa kini telah mendapat banyak
06:17bantuan untuk menaik tarah kemudahan-kemudahan sekolah.
06:20Jadi, sekolah impian awak, apakah kemudahan yang paling gempak yang saudari Safira mahukan?
06:28Okey, terima kasih.
06:29Saya mahu, benda yang paling gempak yang saya mahu ialah eskelator kerana ia boleh
06:36menaik, boleh kita menaiki.
06:40Sebab sekarang jadual pun buku perlu kita bawa banyak.
06:45Jadi, tulang belakang kita pun mudah sakit.
06:50Jadi, saya perlukan eskelator. Itu sahaja.
06:54Baiklah.
06:55Begitu memandang jauh panel-panel kita pada hari ini tentang masa depan pendidikan mereka.
07:02Jadi, generasi stroberi atau tidak kami ini terpulanglah kepada penonton untuk menilai.
07:09Semoga sekolah ini akan menjadi kenyataan suatu hari nanti.
07:12Sekian, wal taufik wa hidayah. Wassalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.
07:17Teruskan menyokong wasana sinar.
07:19Selamat menikmati.
07:38Terima kasih.