Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengarahkan semua misi diplomatik AS di seluruh dunia untuk menghentikan penjadualan temu janji baharu bagi permohonan visa pelajar dan pertukaran pelawat (Kategori F, M dan J).

Category

🗞
News
Transcript
00:00Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengarahkan semua misi diplomatik Amerika Syarikat di seluruh dunia untuk menghentikan penjadualan, temujanji baharu bagi permohonan visa pelajar dan pertukaran pelawat kategori F, M dan J.
00:15Arahan ini terkandung dalam kabel dalaman yang diperoleh oleh agensi Berita Reuters.
00:20Langkah ini diambil ketika Jabatan Negara sedang menilai semula proses saringan keselamatan, termasuk tapisan media sosial yang diperluas terhadap pelajar antarabangsa.
00:32Menurut Setiausaha Negara, Marco Rubio, panduan baru akan dikeluarkan selepas semakan selesai dan semua konsulat diminta menanggukkan permohonan baru buat sementara waktu.
00:40Kabel tersebut menjelaskan bahawa hanya temujanji yang telah dijadualkan boleh diteruskan, manakala slot baru perlu ditarik balik.
00:46Konsulat juga diminta menilai keperluan sumber dan beban kerja sebelum menjadualkan sebarang temujanji selepas ini.
00:53Selain itu, fokus perlu dikekalkan kepada perkhidmatan untuk warga negara Amerika, visa imigren dan usaha membanteras penipuan.
01:01Pentadbiran Trump turut menggantung kebolehan Universiti Harvard menerima pelajar antarabangsa baharu.
01:06Hampir 27% daripada keseluruhan pelajarnya adalah warga asing menjadikan keputusan ini satu tampanan besar kepada institusi berprestij itu.
01:14Ia dilihat sebagai usaha untuk melembahkan institusi yang enggan tunduk kepada desakan dasar kerajaan.

Recommended