Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
15 lelaki ditahan, banglo jadi 'sarang' sindiket penipuan digempur

Category

🗞
News
Transcript
00:00Polis menahan 15 lelaki termasuk seorang warga tempatan selepas mengempur sebuah banglo di Batu Pahat Johor yang disyaki dijadikan sarang sindiket penipuan tawaran kerja dalam talian ahad lalu.
00:12Ketua Polis Johor, Dato' M. Kumar berkata serbuan dijalankan kira-kira 5.15 pagi dan polis turut merampas 14 komputer riba serta 19 telefon bimbit dianggarkan bernilai RM30,000 disyaki digunakan dalam kegiatan penipuan itu.
00:31Menurutnya kesemua 14 warga asing dan seorang lelaki tempatan itu berusia antara 21 hingga 38 tahun disiasat di bawah Seksyen 420 dan Seksyen 120B Kurungan 2 Kanun Keseksaan.
00:47Beliau berkata berdasarkan siasatan sindiket itu beroperasi pada Mac lepas dengan menjadikan premis itu sebagai pusat panggilan.
00:54Ahli sindiket dapati menggunakan teknologi kecedasan buatan AI untuk berkomunikasi dan menawarkan kerja dalam talian yang tidak wujud dengan menyasarkan mangsa dari Rusia.

Recommended