Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kata Anwar selaku Pengerusi ASEAN 2025, pelbagai agenda spesifik difokuskan pada sidang kali ini termasuk melibatkan tarif timbal balik yang dikenakan oleh Amerika Syarikat.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Sidang kemucak ASEAN ke-46 yang berlangsung dari 26 dan 27 Mei
00:04disifatkan sebagai paling membuahkan hasil dalam sejarah.
00:08Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, sepanjang penganjuran sidang tersebut,
00:12ASEAN telah mencapai kemajuan dan mengadakan perbincangan
00:14termasuk dengan kehadiran pemimpin negara Majlis Kerjasama Teluk GCC dan China.
00:20Kata Perdana Menteri, selaku pengurusi ASEAN 2025,
00:23pelbagai agenda spesifik difokuskan pada sidang kali ini
00:26termasuk melibatkan tarif timbal balik yang dikenakan Amerika Syarikat.
00:32Saya ingin menyatakan penghargaan setingginya kepada rakan pimpinan ASEAN
00:41yang menunjukkan semangat setiakawan luar biasa
00:44yang memungkinkan kita mencapai kesepakatan dalam banyak hal.
00:50Kemudian dengan GCC dan negara Teluk, ini walaupun pengalaman baru
00:55kerana pertemuan pertama dua tahun yang lalu dari Riyadh itu
00:59lebih dalam arti kata permulaan, pengenalan dan persetujuan secara umum
01:06tapi kali ini ada perbincaraan yang lebih teliti dan substantif.
01:12Begitu juga dengan kehadiran Premier Li Chang, negara China.
01:17Tapi sebelum itu, kejayaan ini juga terletak pada Menteri dan Kementerian Luar
01:22yang membuat persiapan yang sangat rapi dan luar biasa
01:26yang sangat membanggalkan.
01:27Terima kasih.

Recommended