Perubahan geopolitik yang sedang berlaku, serta tekanan ke atas sistem perdagangan global, khususnya dengan pelaksanaan tarif unilateral Amerika Syarikat, jelas menunjukkan kebangkitan ketara dasar perlindungan atau protectionism.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Perubahan geopolitik yang sedang berlaku serta tekanan ke atas sistem perdagangan global, khususnya dengan pelaksanaan tarif unilateral Amerika Syarikat, jelas menunjukkan kebangkitan ketara dasar pelindungan atau proteksianism.
00:13Kadang itu mengakibatkan multilateralism atau hubungan pelbagai hala berada di ambang perpecahan.
00:19Perkara ini dinyatakan Perdana Menteri dalam ucapan pembukaan sidang kemuncak ASEAN ke-46 pagi tadi, terus saja bersama Najib Aruf dari Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
00:30Terima kasih kerana membawakan perkembangan ASEAN setiap berpagi di platform kita dan juga Srawan.com.
00:43Sudah pasti apa yang Aamirul sebutkan itu adalah betul. Apa yang dibincangkan ataupun diutarakan oleh Perdana Menteri Dato' Sri Anwar Ibrahim selaku pengurusi ASEAN pada ucapan pembukaan di sesi plenari pada pagi tadi sebelum berlangsungnya rundingan antara negara-negara ASEAN dan juga
00:59Timor Leste selaku negara pemberhati dan diikuti oleh retweet pemimpin-pemimpin ASEAN dan juga kata negara ASEAN.
01:06iaitu soal bagaimana kepengurusan ASEAN oleh Malaysia pada tahun ini adalah ketika dunia berdepan dengan perpecahan disebabkan oleh sikap protectionism atau perlindungan yang dilaksanakan oleh Amerika Syarikat dan The Battle of Two Big Brothers.
01:23pertemuan antara Amerika Syarikat dan juga China telah pembincangkan satu gelombang yang mana negara-negara lain termasuk kuasa tengah termasuk ASEAN sendiri perlu berdepan dengan rencam ini dan bagaimana ASEAN selaku satu blok
01:36mampu bergerak ke hadapan dalam konteks tersebut. Sebagai contoh apabila tarif diperkenalkan dengan perbezaan yang amat ketara nilainya untuk setiap negara anggota ASEAN seperti contoh Vietnam yang tinggi 46%
01:48Malaysia pada 24% dan Singapura pada 10% walaupun ada penangguhan tetapi nyata perbezaan ini mungkin mencerminkan bagaimana ASEAN perlu untuk deal dengan Amerika Syarikat secara berasingan sebagai contoh.
02:02Bagaimana kebersamaan ASEAN akhirnya akan digugat oleh perbezaan ini. Itu yang disentuh oleh Perdana Menteri dan juga beliau sendiri yang menyatakan rasa berterima kasih kepada negara ASEAN kerana masih mempunyai kebersamaan dalam berdepan ketidaktentuan seperti ini.
02:17Kita dengar sedikit apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri.
02:47Okey, itu sedikit apa yang diperkatakan oleh Perdana Menteri, Datuk Sekri Anwar Ibrahim selaku pengenusi ASEAN pada sesi pada pagi tadi lebih kurang 15 minit sebelum sesi itu dilaksanakan secara tertutup dan diikuti oleh sesi-sesi yang lain juga secara tertutup.
03:00Dan itu adalah sidang kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada hari ini, hari yang cukup penting. Tetapi pada esok hari juga hari yang cukup penting kerana kita akan menyaksikan pertamanya adalah sidang kemuncak antara ASEAN dan juga kerjasama negara-negara teluk GCC yang dilaksanakan untuk kali kedua.
03:18Kali pertama dilaksanakan diriat, ini kali kedua dan kali pertama dilaksanakan di rantau ASEAN sendiri. Dan perkara yang kedua adalah sidang kemuncak antara ASEAN, GCC dan juga Cina.
03:28Yang kali pertama diadakan, ini amat signifikan menggambarkan bagaimana ekstra ASEAN yang dipanggil kerjasama dagangan antara ASEAN dan juga negara-negara luar ASEAN untuk kita memperkasakan lagi.
03:40ekonomi, tak kala dunia sedang berpecah pada ketika ini, kita ingin melihat bagaimana solusinya dan juga peluang yang wujud dalam konteks perdagangan memastikan bahawa kesinambungan ASEAN itu dapat diteruskan.
03:51Dan bagaimana untuk kita membaca secara keseluruhannya, lunaknya ASEAN mengambil langkah dalam meniti tiada yang amat halus ini supaya tidak terjerumus ke dalam kancah yang memihak kepada satu pihak.
04:02Kita faham latar ekonomi ASEAN, setiap negara anggota ada kecenderungan mereka ke arah mana.
04:08Sebagai contoh, apabila kita melihat negara Filipina yang lebih cenderung kepada Amerika Syarikat dan juga negara-negara lain yang mungkin menyaksikan pelaburan China masuk secara besar sekaligus menggambarkan mungkin mereka cenderung kepada China.
04:21Sebenarnya, apa yang ASEAN pegangkan selama ini adalah keterbukaan kita untuk berdagang dengan setiap negara khususnya dua negara besar ini kerana kita tidak boleh lari dari kedua negara ini dari segi dagangan.
04:32Dan itu juga mencerminkan konteks dan keyakinan ASEAN dan juga komitmen ASEAN terhadap negara yang terbuka.
04:39Namun, dalam ketidak tentuan ini, bagaimana untuk kita memastikan bahawa menjelang 2045 sesuai dengan visi yang kita gariskan yang akan dikeluarkan pada petang ini,
04:48deklarasi Kuala Lumpur amat penting iaitu bagaimana visi komuniti ASEAN akan dikeluarkan pada waktu petang ini dan juga kenyataan pemimpin dan ketua negara ASEAN juga akan dikeluarkan butirannya akan kita bawakan pada petang nanti.
05:03Kita kembali semula kepada Akan Sugas di studio, Amirul.
05:08Baik, terima kasih Mohd Najib Mat Aruf atas liputan itu sebentar tadi. Pastinya kami di Astro Awalnya akan sentiasa membawa perkembangan terkini dan analisis terperinci mengenai sidang kemunca ASEAN ke-46 yang sudah berlangsung di Kuala Lumpur.