Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 2 days ago
Kerajaan Sarawak yakin kos pengeluaran hidrogen boleh dikurangkan kepada hanya 10 kiloWatt jam bagi setiap kilogram (kWj/kg) berbanding 30 kWj/kg ketika ini.

Category

🗞
News
Transcript
00:00Ekonomi Sarawak dijangka melonjak daripada RM136 bilion pada 2019 kepada RM282 bilion pada 2030.
00:09Premier Tan Sri Abang Johari Tun Oping berkata angka itu berdasarkan unjuran pelan pembangunan pasca COVID-19 Sarawak PCDS 2030.
00:18Tidak dibuai dengan status negeri berpendapatan tinggi beliau mahu ia bergerak seiring dengan peralihan tenaga hijau serantau.
00:25Ia termasuk menghasilkan hidrogen pada kos yang lebih rendah.
00:30Beliau turut menegaskan Tekad Sarawak untuk memanfaatkan kekayaan sumber semula jadinya termasuk air dan gas asli bagi memacu transformasi ke arah ekonomi karbon rendah.
00:41Saya mulakan dengan satu eksperimen.
00:46Kita memproduksi hidrogen di Sarawak dengan konsumsi elektriknya sekitar 60 kWh per 1 kg.
01:00Tetapi saya bekerja dengan Pertona dan Jepang.
01:11Kami berkembang dengan teknologi terhadap membran baru dan sekarang hanya dikonsumsi dari 60 kWh per 30 kWh.
01:22Beliau percaya kos penghasilan hidrogen akan dapat diturunkan lagi menerusi kerjasama dengan beberapa syarikat antarabangsa.
01:31Ujanya lagi kemampuan Sarawak terus menarik perhatian di peringkat antarabangsa dengan jemputan ke Forum Tenaga dan Perubahan Iklim di Eropah, Jepun, Singapura dan Brazil.
01:40Abang Johari berkata demikian ketika sesi Majlis Forum ASEAN Women Economic Summit 2025 di Ibu Negara Pada Ahad.
01:48Sesi dikenalikan Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, Ng Wei Wei.

Recommended