Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5 days ago
Datuk Seri Azalina tegaskan pindaan Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman (ASPK) perlukan kajian menyeluruh dan pindaan Perlembagaan Persekutuan.
Transcript
00:00Bertemu kembali, kajian menyeluruh termasuk pindaan terhadap Perlembagaan Persekutuan perlu dilakukan sekiranya ingin meminda Akta Suruhanjaya Pelantikan Kehakiman 2009 ASPK.
00:11Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi, Datuk Seri Azalina Osman Said, akta itu dibentang dan diluluskan di Parlimen tanpa pindaan pada Perlembagaan Persekutuan.
00:22Jelasnya sekiranya berpuas hati atau tidak terhadap struktur akta yang ada, kajian menyeluruh perlu dilakukan termasuk pindaan Perlembagaan.
00:32Ini termasuk meminda ASPK yang memerlukan pindaan Perlembagaan sekali mewujudkan satu akta baharu dengan pindaan Perlembagaan.
00:38Beliau mengulas cadangan Ketua Hakim Negara Tun Tengku Maimun Tuan Mat mengenai pindaan ASPK untuk menghapuskan peranan Perdana Menteri menasihati yang diputat agung dalam pelantikan hakim.
00:48Azalina berkata meskipun terdapat pelbagai pandangan berhubung perkara itu, hakikatnya Perlembagaan adalah lebih tinggi daripada sebarang akta.
00:56Namun jika dilihat ke arah mana ASPK ini hendak bergerak, kajian menyeluruh masih perlu dilaksanakan dan sekiranya diarah oleh kerajaan, bahagian dasar, bahagian hal awal undang-undang boleh melakukan kajian semula.
01:06Perkara 122B Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa pelantikan hakim hendaklah dibuat oleh yang diputat agung atas nasihat Perdana Menteri selepas berunding dengan majlis raja-raja.
01:18Terima kasih telah menonton!

Recommended