Ngaji Al-Quran Online Dengan Wan Teh - Aisyah ms 311 Maryam 77 - 95 سورة مريم #ngaji #alquran #maryam
Sediakan Al-Quran anda dan mari mengaji dengan cara yang betul Insha’Allah https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
Kami mengalu-alukan sumbangan pembiayaan kos pengurusan saluran ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sumbangan pembiayaan boleh dibuat melalui 1. https://paypal.me/ngajidenganwan?country.x=MY&locale.x=en_US 2. https://www.buymeacoffee.com/ngajidenganwan 3. DuitNow - 180659045706 4. https://wise.com/pay/me/mohda1835
Langgan sekarang & mari mengaji Al-Quran https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
[77] Maka tidakkah engkau merasa hairan memikirkan (wahai Muhammad), akan orang yang kufur ingkar kepada ayat-ayat keterangan Kami serta ia berkata: "Demi sesungguhnya aku akan diberikan harta kekayaan dan anak-pinak pada hari akhirat?" [78] Adakah ia telah mengetahui akan perkara yang ghaib, atau adakah ia telah membuat perjanjian dengan (Allah) Ar-Rahman mengenainya? [79] Tidak sekali-kali! Kami akan menulis apa yang dikatakannya, dan Kami akan tambahi baginya dari azab seksa, berganda-ganda. [80] Dan Kami akan warisi (harta benda dan anak-pinak) yang dikatakannya itu, dan ia akan datang kepada kami dengan seorang diri. [81] Dan mereka yang kafir menyembah benda-benda yang lain dari Allah sebagai tuhan-tuhan, supaya benda-benda yang mereka sembah itu menjadi penolong-penolong yang memberi kemuliaan dan pengaruh kepada mereka. [82] Tidak sekali-kali! Bahkan benda-benda yang mereka pertuhankan itu mengingkari perbuatan mereka menyembahnya, dan akan menjadi musuh yang membawa kehinaan kepada mereka. [83] Tidakkah engkau mengetahui (Wahai Muhammad) bahawa Kami telah menghantarkan Syaitan-syaitan kepada orang-orang kafir, untuk menggalakkan mereka mengerjakan perbuatan kufur dan maksiat dengan bersungguh-sungguh? [84] Oleh itu, janganlah engkau segera marah terhadap mereka yang ingkar itu, kerana sesungguhnya kami hanya menghitung hari yang sedikit sahaja bilangannya untuk mereka. [85] (Ingatlah) hari Kami himpunkan orang-orang yang bertaqwa untuk mengadap (Allah) Ar-Rahman, dengan berpasuk-pasukan. [86] Dan Kami akan menghalau orang-orang yang bersalah ke neraka Jahannam, dalam keadaan dahaga. [87] Mereka tidak berhak mendapat dan memberi syafaat, kecuali orang yang telah mengikat perjanjian (dengan iman dan amal yang soleh) di sisi Allah yang melimpah-limpah rahmatNya!. [88] Dan mereka yang kafir berkata: "(Allah) Ar-Rahman, mempunyai anak." [89] Demi sesungguhnya, kamu telah melakukan satu perkara yang besar salahnya! [90] Langit nyaris-nyaris pecah disebabkan (anggapan mereka) yang demikian, dan bumi pula nyaris-nyaris terbelah, serta gunung-ganang pun nyaris-nyaris runtuh ranap, - [91] Kerana mereka mendakwa mengatakan: (Allah) Ar-Rahman mempunyai anak. [92] Padahal tiadalah layak bagi (Allah) Ar-Rahman, bahawa Ia mempunyai anak. [93] Tidak ada sesiapapun di langit dan di bumi m