Ngaji Al-Quran Online Dengan Wan Teh - Aisyah ms 313 Taha 13 - 37 سورة طه #ngaji #alquran #taha
Sediakan Al-Quran anda dan mari mengaji dengan cara yang betul Insha’Allah https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
Kami mengalu-alukan sumbangan pembiayaan kos pengurusan saluran ini. Semoga Allah permudahkan segala urusan kita semua. Sumbangan pembiayaan boleh dibuat melalui 1. https://paypal.me/ngajidenganwan?country.x=MY&locale.x=en_US 2. https://www.buymeacoffee.com/ngajidenganwan 3. DuitNow - 180659045706 4. https://wise.com/pay/me/mohda1835
Langgan sekarang & mari mengaji Al-Quran https://www.youtube.com/@ngajidenganwan?sub_confirmation=1
[13] "Dan Aku telah memilihmu menjadi Rasul maka dengarlah apa yang akan diwahyukan kepadamu. [14] "Sesungguhnya Akulah Allah; tiada tuhan melainkan Aku; oleh itu, sembahlah akan Daku, dan dirikanlah sembahyang untuk mengingati Daku. [15] "Sesungguhnya hari kiamat itu tetap akan datang - yang Aku sengaja sembunyikan masa datangnya - supaya tiap-tiap diri dibalas akan apa yang ia usahakan. [16] "Maka janganlah engkau dihalangi daripada mempercayainya oleh orang yang tidak beriman kepadanya serta ia menurut hawa nafsunya; kerana dengan itu engkau akan binasa. [17] "Dan apa (bendanya) yang di tangan kananmu itu wahai Musa?" [18] Nabi Musa menjawab: "Ini ialah tongkatku; aku bertekan atasnya semasa, berjalan, dan aku memukul dengannya daun-daun kayu supaya gugur kepada kambing-kambingku, dan ada lagi lain-lain keperluanku pada tongkat itu". [19] Allah Taala berfirman: "Campakkanlah tongkatmu itu wahai Musa!" [20] Lalu ia mencampakkannya, maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular yang bergerak menjalar. [21] Allah berfirman: "Tangkaplah akan dia, dan janganlah engkau takut, Kami akan mengembalikannya kepada keadaannya yang asal. [22] "Dan kepitlah tanganmu di celah lambungmu; nescaya keluarlah ia putih bersinar-sinar dengan tidak ada cacat; sebagai satu mukjizat yang lain. [23] "(Berlakunya yang demikian itu) kerana Kami hendak memperlihatkan kepadamu sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Kami yang besar. [24] "Pergilah kepada Firaun, sesungguhnya ia telah melampaui batas". [25] Nabi Musa berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah bagiku, dadaku; [26] "Dan mudahkanlah bagiku, tugasku; [27] "Dan lepaskanlah simpulan dari lidahku, [28] "Supaya mereka faham perkataanku; [29] "Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. [30] "Iaitu Harun saudaraku; [31] "Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, [32] "Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku, [33] "Supaya kami sentiasa beribadat dan memujiMu, [34] "Dan (supaya) kami sentiasa menyebut dan mengingatiMu; [35] "Sesungguhnya Engkau adalah sedia melihat dan mengetahui hal ehwal kami". [36] Allah berfirman: "Sesungguhnya telah diberikan kepadamu apa yang engkau pohonkan itu, wahai Musa! [37] "Dan demi sesungguhnya! Kami telahpun mengurniakan kepadamu berbagai nikmat pada satu masa yang lain sebel
Be the first to comment