Nilai pasaran pelancongan halal global dianggarkan sekitar US$266 bilion pada 2023 dan dijangka mencecah US$276 bilion tahun ini serta meningkat kepada US$350 bilion menjelang 2030.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kes COVID-19 di Thailand menunjukkan peningkatan mendadak dengan sejumlah 71,067 jangkitan dan 19 kematian dilaporkan antara 1 Januari hingga 14 Mei tahun ini.
00:13Menurut Pusat Maklumat COVID-19 Negeri itu, jumlah kes dilaporkan terus meningkat dengan dua kluster besar yang dikenapasti.
00:20Peningkatan itu susulan cuti perayaan songkeran pada minggu ke-16 yang menyaksikan peningkatan kes secara berperingkat.
00:30Data daripada Jabatan Sains Perubatan menunjukkan kewujudan varian Omicron XEC yang semakin meningkat di Thailand sepanjang Januari dan Februari.
00:40Varian XEC adalah strain recombinant baharu Omicron yang kali pertama dikesan di Jerman pada Jun 2024.
00:47Ia adalah gabungan dua subvarian iaitu KS-11 dan KP-33.
00:54XEC membawa pelbagai mutasi yang membolehkannya merebak dengan lebih pantas dan kini dikesan di sekurang-kurangnya 15 negara di Eropah, Amerika Utara dan Asia.
01:04Data dari Amerika Syarikat, United Kingdom dan China menunjukkan XEC merebak 84 hingga 110% lebih pantas berbanding subvarian Omicron lain.
01:14Ia juga menyumbang antara 10 hingga 20% kes jangkitan baharu di beberapa wilayah.
01:22Sektor pelancongan halal menawarkan peluang besar berikutan peningkatan permintaan dalam kalangan pelancongan Muslim di seluruh dunia.
01:31Menurut agensi berita Vietnam VNA dengan populasi umat Islam global melebihi 1.9 bilion, sektor pelancongan halal kini berkembang dengan cukup besar.
01:40Nilai pasaran pelancongan halal global dianggarkan sekitar $266 bilion Amerika pada 2023 dan dijangka mencecah $276 bilion Amerika tahun ini serta meningkat kepada $350 bilion Amerika menjelang 2030.
01:58Rektor Kolej Perdagangan dan Pelancongan Hanoi Dr. Trinty Thuha berkata, pelancongan berasaskan keperluan Muslim kini menjadi trend global dan semakin penting dalam sektor pelancongan banyak negara.
02:10Menyedari potensi besar pasaran ini, Perdana Menteri Vietnam telah meluluskan satu strategi kebangsaan bertajuk memperkukuh kerjasama antarabangsa untuk membangunkan industri halal Vietnam menjelang 2030.
02:22Pada 14 Februari 2023, pada tahun ini Vietnam mewujudkan pihak berkuasa pensijilan halal serta memperkenalkan piawayan kebangsaan untuk produk dan perkhidmatan berkaitan halal.
02:34Pihak berkuasa pelancongan negara itu juga menggandakan usaha promosi untuk menarik kedatangan pelancong Muslim.
02:40Namun begitu, Vietnam masih kekurangan infrastruktur dan perkhidmatan yang mesra Muslim menjadikannya kurang menarik bagi segmen pelancong terbabit.