Jelas Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg, ia sebahagian daripada Insiatif Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak sekali gus meningkatkan komitmen negeri membangunkan industri pembinaan yang lebih mesra alam dan rendah karbon.
Category
🗞
NewsTranscript
00:00Kursus baru Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan dalam pengurusan pembinaan secara percuma
00:05diperkenalkan bermula tahun depan di Universiti Teknologi Sarawak UTS di Sibu
00:10dan Universiti Swinburne Sarawak di Kuching.
00:13Jelas Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg ia sebahagian daripada inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak
00:19sekaligus meningkatkan komitmen negeri membangunkan industri pembinaan yang lebih mesra alam dan rendah karbon.
00:25Menurut Abang Johari, industri pembinaan antara penyumbang utama pelepasan karbon
00:32dan boleh ditangani menerusi generasi baharu pemain industri yang mampu memacu agenda pembangunan secara mampan.
00:40Ini adalah satu disiplin baru di mana kita akan memberikan pengajaran dalam sudut pembinaan, pengurusan pembinaan.
00:55Ini disebabkan percuma untuk mempunyai industri pembinaan yang rendah karbon.
01:01Kerana pembangunan adalah satu dari industri yang mengeluarkan karbon.
01:06Jadi, dalam hal lainnya, kita terpaksa mencari keedah-keedah baru
01:12umpamanya dari sudut material.
01:16Tidaklah material daripada bahan-bahan yang hijau, green material.
01:24Dan juga cara-cara dalam industri bangunan
01:29di mana keedah BIM akan menggunakan cara-cara yang lebih low carbon footprint.
01:41Terdahulu dalam ucapannya merasmikan pembukaan minggu pembinaan antarbangsa ICW Borneo 2025
01:48bertemakan pembinaan inovatif untuk masa depan mampan,
01:52Abang Johari menyeru semua pemain industri untuk menerapkan aspek kemampanan
01:56sebagai prinsip bantuan agenda pembangunan wilayah.
01:59Terima kasih telah menonton!