Skip to playerSkip to main contentSkip to footer
  • 5/12/2025
Pas Terengganu memohon maaf secara terbuka atas kesilapan logo himpunan Teguh Memimpin Terengganu (TMT) 2025 yang memaparkan bintang Jalur Gemilang tanpa jumlah bucu lengkap, dan telah mengeluarkan versi logo yang diperbetulkan.
Transcript
00:00Seterusnya, Pas Terengganu membuat permohonan maaf secara terbuka berhubung logo himpunan teguh memimpin Terengganu TMT 2025 yang mencetuskan kontroversi berikutan memaparkan bintang jalu gemilang tanpa jumlah bucu lengkap.
00:16Sekretariat program itu memaklumkan pihaknya sudah menarik semula penggunaan logo berkenaan dan mengeluarkan versi baharu yang dikemas kini.
00:23Pihaknya dalam satu kenyataan memohon maaf secara terbuka kepada orang ramai dan penyokong atas kesilapan yang tidak disengajakan serta sudah mengambil tindakan segera untuk menarik balik penggunaan logo berkenaan.
00:34Versi logo himpunan TMT 2025 yang diperbetulkan kini sudah dikeluarkan dan akan digunakan dalam semua bahan promosi serta pengumuman rasmi akan datang.
00:44Minggu lalu PAS mula mengedarkan poster promosi bagi himpunan TMT yang dijadual berlangsung di Kemaman pada 29 hingga 31 Mei ini.
00:51Logo berkenaan memaparkan jalu gemilang di sebelah kiri logo PAS di tengah dan bendera Terengganu di sebelah kanan.
00:58Bagaimanapun logo itu dikritik kerana hanya memaparkan bintang kuning dengan 11 bucu selain hanya jalu merah putih.
01:05Selalu kebilang sepatutnya mempunyai bintang 14 penjuru dan 14 jalu merah putih yang berwakili 13 negeri dalam Persekutuan Malaysia dan wilayah Persekutuan.

Recommended